Kesian Remaja Telah Pun Dihukum Mati Apabila Mahkamah Istihar Tidak Bersalah

Remaja ini sudah pun mati dihukum atas kesalahan yang tak pernah dia lakukan.18 tahun selepas itu ada seorang pesalah sebenar mengaku atas jenayah yang dia lakukan.

BEIJING - CHINA. Seorang remaja yang dihukum mati selepas didapati bersalah kerana mer#gol dan membunuh seorang wanita 18 tahun lalu, diisytiharkan tidak bersalah oleh mahkamah.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Huugjilt dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Mongolia ketika berusia 18 tahun pada 1996.

Namun keraguan wujud dalam keputusan itu apabila seorang per#gol bersiri, Zhao Zhihong mengaku atas jenayah tersebut pada 2005.

“Mahkamah Mongolia mendapati keputusan asal Huugjilt bersalah tidak konsisten dengan fakta-fakta dan tidak terdapat bukti yang mencukupi. Oleh itu, mahkamah mendapati Huugjilt tidak bersalah," menurut kenyataan mahkamah Hohhot.

Sebagai tanda kesal dan simpati, timbalan presiden Mahkamah Tinggi, Zhao Jianping menyerahkan 30,000 yuan (RM16,949) kepada keluarga Huugjilt. - SCMP
Sebab itu banyak negara barat dah hapuskan hukuman mati ni. Sebab kes-kes macamni la yang pernah wujud di sana dulu. Turn around.

~Islam sendiri dalam hukumnya tidak benarkan jatuh hukum sesuka hati. Malah bila jatuh hukum pun, keluarga mangsa ada pilihan untuk ampunkan atau tidak, sebuah ujian Allah untuk manusia melihat tahap keimanan mereka. Sanggupkah kita bunuh orang lain demi membalas dendam atas kekejaman orang lain lakukan? Atau kita terima dugaan ini dengan ampunkan pesalah.

Tapi kalau kena dengan geng satu lagi, asal lawan saja, tebas kepala, sembelih.

0 comment... add one now