Empat DJ Radio Bakal Ditahan Bawah ISA

Kira-kira jam 7 hingga 8 pagi, penyampai radio Shaarad Kuttan telah membincangkan mengenai tajuk Kalimah Allah, isu daging korban dan juga hak orang Melayu.

“Dan pada hari yang sama juga kira-kira jam 6 hingga 7 petang, penyampai radio Umapagan Ampikaipakan, Caroline Oh dan Patrick Teoh juga telah membincangkan isu agama Islam dan pemakaian tudung,” katanya ketika ditemui di perkarangan IPD Dang Wangi hari ini.

Mustafa berkata, terdapat unsur penghinaan dan hasutan yang menyentuh mengenai agama Islam seperti yang dibincang dan disiarkan oleh stesen radio terbabit.

KUALA LUMPUR: Empat penyampai radio BFM 89.9 berkemungkinan akan disiasat di bawah Akta Hasutan berikutan penyiaran sebuah rancangan bual bicara yang didakwa menyentuh sensitiviti kaum dan agama Islam.

Penyampai radio berkenaan ialah Shaarad Kuttan, Umapagan Ampikaipakan, Caroline Oh dan Patrick Teoh.

Gabungan sembilan badan bukan kerajaan (NGO) hari ini membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung perkara itu.

Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mengetuai gabungan NGO terbabit berkata, stesen radio tersebut telah menyiarkan program bual bicara yang membawa topik menyentuh sensitiviti kaum dan agama Islam pada 12 Disember lalu.

“Kita duduk di Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan agama.

“Kami harap agar penerbit dan penyunting stesen radio terbabit lebih menghormati agama rasmi negara dan jangan timbulkan unsur perkauman atas kepentingan kaum. Mereka seharusnya menghormati perlembagaan negara,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Aminuddin Yahya menggesa pihak polis melakukan siasatan terhadap stesen radio itu yang telah beroperasi selama enam tahun.

“Kita minta polis siasat dengan laporan yang dibuat oleh wakil NGO ini melalui aduan orang ramai kepada PPIM dengan tujuan supaya pihak yang bertanggungjawab ke atas stesen radio terbabit diambil tindakan di bawah Akta Hasutan,” katanya.

Gabungan NGO terbabit turut mendesak agar kementerian terbabit memantau setiap isi kandungan rancangan bagi stesen radio yang ada di negara ini yang boleh menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama.

“Kementerian berkenaan diminta melakukan pemantauan dan jangan terlepas pandang dengan bahan-bahan siaran stesen radio terutamanya yang berbahasa Inggeris.

“Kebanyakan pendengar radio BFM89.9 ini adalah golongan muda dan penyampaiannya dibuat dalam bahasa Inggeris. Mungkin jarang dalam kalangan orang Melayu yang mendengarnya tetapi majoriti pendengarnya ialah bukan Melayu dan isu berkenaan disampaikan oleh penyampai radio bukan Islam yang bukan pakar dalam isu yang diperkatakan secara umum itu,” katanya. – The Rakyat Post

0 comment... add one now