Kontroversi bakar Al Quran yang dibangkitkan Dr Mashitah di PAU menyebabkan beliau juga dipanggil polis.
Dr Mashitah ditemani suami Datuk Seri Abdul Shakor Abu Bakar tiba di IPD Dang Wangi jam 2.30 petang dan selesai memberi keterangan kira-kira jam 4 petang.
Beliau memberi keterangan kepada pegawai yang diketuai seorang berpangkat ASP dari unit Jenjayah Terkelas, Bukit Aman.
Dr Mashitah enggan menyatakan butiran keterangan yang diberikan kepada pihak polis ketika dihubungi BNBBC.MY.
Beliau dipanggil memberi keterangan Jumaat lalu tetapi hanya dapat hadir petang ini kerana ada urusan di Kedah.