Sebanyak lapan buah MPV telah mengejar kenderaan suspek. Semasa berhenti di lampu isyarat di Simpang Pulai, kenderaan suspek kemudiannya cuba melanggar kenderaan polis selain turut melanggar dua buah kenderaan awam.
“Kenderaan suspek kemudiannya dikejar sehingga ke Kampung Kurnia, Sungai Raya sebelum terbabas di gelanggang sukan serbaguna di kampung tersebut,” katanya di sini hari ini.
Kereta jenis Toyota Camry dinaiki dua penjenayah yang terbabas melanggar gelanggang sukan serbaguna di Kampung Kurnia, Sungai Raya, Simpang Pulai, Perak, semalam.
IPOH 4 Dis. – Kelicikan dua penjenayah berbahaya yang melakukan tujuh kes samun termasuk menyamar sebagai anggota polis tumpas apabila mereka berjaya diberkas hari ini.
Dalam cubaan melarikan diri kira-kira pukul 12 tengah hari itu, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran terhadap kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an itu selepas mereka bertindak melanggar kenderaan peronda polis (MPV) semasa berhenti di lampu isyarat, di Simpang Pulai, dekat sini.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kedua-dua lelaki itu melakukan tujuh kes samun termasuk dua kes menyamar sebagai anggota polis sejak pukul 6.55 pagi, di Menglembu.
Katanya, polis yang mendapat maklumat awal kemudiannya berjaya mengesan kenderaan jenis Toyota Camry yang dinaiki suspek di Greentown dan mengejar ken*deraan berkenaan sehingga ke Simpang Pulai.
Menurut Chang Keong, kedua-dua suspek kemudiannya cuba melarikan diri di ladang kelapa sawit berhampiran namun gagal selepas mereka akhirnya berjaya diberkas polis.
Katanya, siasatan awal ke atas kereta yang digunakan suspek mendapati kenderaan itu milik kedutaan Turki yang dilaporkan hilang di sebuah stesen minyak di Wangsa Maju pada Oktober lalu.
“Pemeriksaan di dalam kenderaan tersebut menemukan dua bilah parang. Kedua-dua suspek ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan,” -utusan
KENDERAAN dinaiki dua penjenayah terbabas di gelanggang sukan serbaguna Kampung Kurnia, Sungai Raya, Ipoh selepas dikejar pasukan peronda polis. - Foto BERNAMA
IPOH: Orang ramai yang berada di sekitar lampu isyarat Simpang Pulai dekat sini, tergamam apabila menyaksikan adegan kejar-mengejar membabitkan lapan kenderaan peronda polis (MPV) dengan sebuah kereta yang disyaki dipandu dua penjenayah yang paling dikehendaki di sini tengah hari tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, suspek yang menaiki kereta jenis Toyota Camry bertindak melanggar kenderaan polis lalu memecut laju menyebabkan anggota polis bertugas terpaksa melepaskan beberapa das tembakan amaran.
(gambar hiasan)
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, polis terpaksa melepaskan tiga das tembakan amaran terhadap dua lelaki berusia lingkungan 20-an itu selepas mereka bertindak melanggar kereta polis ketika berhenti di lampu isyarat berkenaan.
Katanya, siasatan mendapati kedua-dua suspek terbabit dalam tujuh kes samun termasuk dua kes menyamar sebagai anggota polis di sekitar Menglembu sejak jam 6.55 pagi tadi.
"Sebanyak lapan MPV mengejar kenderaan yang dinaiki suspek. Ketika berhenti di lampu isyarat di Simpang Pulai, kenderaan suspek melanggar kenderaan polis selain turut melanggar dua kenderaan awam," katanya.-beritaharian