Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum sesuatu permohonan itu dipertimbangkan dan diterima oleh Lembaga Zakat Selangor, antaranya :
- Islam
- Warganegara Malaysia
- Telah berdaftar sebagai penerima asnaf fakir / miskin LZS
- Bagi mereka yang belum berdaftar hendaklah mengisi borang bancian dan akan disiasat oleh amil dan pegawai agihan bagi menentukan had kifayah
- Tidak menerima sebarang bantuan dari mana-mana pihak atau menerima bantuan tetapi masih tidak mencukupi.
Prosedur mengisi borang permohonan
- Borang permohonan mestilah diisi dengan HURUF BESAR
- Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama ketua keluarga atau waris pemohon bagi pemohon yang masih berada dalam tanggungan.
- Dokumen utama seperti yang dinyatakan perlu disertakan bersama bagi setiap permohonan iaitu :
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan Kad Pengenalan / Surat Lahir bagi semua tanggungan
- Salinan surat cerai / sijil kematian suami / isteri (jika berkenaan)
- Salinan surat pengesahan pendapatan seperti slip gaji, pencen dsb<
- Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan permohonan (senarai dokumen mengikut jenis bantuan)
- Hanya borang permohonan yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pemohon serta mendapat sokongan daripada Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK/ Ketua Penduduk/ Nazir Masjid/ Pengerusi Surau sahaja yang akan dipertimbangkan dan didaftarkan.
BORANG SOKONGAN
Bantuan Modal Fakir Miskin
- Dokumen utama
- Gambar untuk sokongan
- Salinan Lesen Perniagaan (sekiranya diperlukan)
- Salinan Lesen Perikanan (sekiranya diperlukan)
- Dokumen perjanjian penerimaan bantuan modal (di tandatangan)
- Dokumen sebutharga barangan keperluan perniagaan/peralatan/sewaan tapak
- Kertas kerja ringkas Rancangan Perniagaan beserta anggaran perbelanjaan
- Sijil keahlian persatuan nelayan tempatan yang disahkan
- Laporan / Ulasan Pegawai Agihan Zakat Daerah
Bantuan Institusi Agama Dalam/Luar Negara
Permohonan
- Kertas Kerja Permohonan dan Implikasi Kewangan
- Salinan Penyata Kewangan Akaun masjid / surau / sekolah
- Borang permohonan pembinaan / baikpulih dan peralatan institusi agama
- Maklumat seperti ukuran keluasan, tahun dibina, jenis karpet sedia ada tahun pemasangan sebelum ini, lokasi pemasangan dan gambar berkenaan
- Gambar Berkaitan
Tuntutan
- Surat tuntutan dari pemohon dan kontraktor
- Surat pengesahan pemohon (letterhead)
- Gambar Tahap perlaksanaan (kemajuan kerja)
- Lesen Kontraktor yang sah
- Pengesahan Pegawai Agihan Zakat Daerah
Bantuan Kewangan / Makanan Bulanan
- Dokumen Utama
- Salinan Borang Bancian Fakir / Miskin yang lengkap
- Salinan Buku Akaun Bank Islam (kemasukan akaun)
- Surat sokongan Pegawai Agihan Zakat daerah
- Borang Agihan Zakat
Bantuan Perubatan
- Dokumen Utama
- Surat Sokongan daripada Badan Kebajikan Hospital / Pihak Hospital
- Surat Pelepasan Sakit daripada Pihak Hospital atau Institusi Perubatan yang diiktiraf.
- Dokumen Pengesahan Bertulis daripada Pihak Hospital Kerajaan, sekiranya perlu mendapat rawatan di Hospital Swasta
- Maklumat tentang tempat rawatan yang pemohon hendak pergi untuk menjalankan rawatan Dialisis
- Bil Rawatan / Sebutharga Peralatan (Jika berkaitan)
- Gambar Sebagai Sokongan
Bantuan Pembinaan / Baik Pulih Rumah
- Dokumen Utama
- Gambar keadaan rumah semasa dan tapak cadangan
- Salinan Hak Milik Tanah
- Surat Perakuan kebenaran menduduki daripada tuan tanah (jika perlu)
- Surat Akuan / Perjanjian daripada Pemilik Geran Tanah
Bantuan Sewa Rumah Fakir/Miskin
- Dokumen Utama
- Gambar Rumah Sewa
- Surat Akuan Pemilik Rumah
- Gambar Rumah Asal
Bantuan Kewangan / Makanan Bulanan
- Dokumen Utama
- Salinan Borang Bancian Fakir / Miskin yang lengkap
- Salinan Buku Akaun Bank Islam (kemasukan akaun)
- Surat sokongan Pegawai Agihan Zakat daerah
- Borang Agihan Zakat
Permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen sokongan, hendaklah dihantar kepada pegawai-pegawai zakat kami di kaunter yang berada di seluruh Negeri Selangor untuk pertimbangan dan kelulusan. Sila rujuk kaunter berhampiran anda.