Wanita Hamil Maut Memotong Kereta Tak Lepas

Malang sungguh bagi wanita ini kerana dia mungkin jadi mangsa ego pemandu lelaki yang lain.Memotong tidak lepas selalunya kerana tiada tolak ansur antara kenderaan yang akan dipotong dan kenderaan dari haluan bertentangan.Mereka sepatutnya buang ego dengan menekan brek beri peluang memotong.

Perodua Kancil remuk selepas terlibat dalam kemalangan dengan pikap jenis Nissan Navara di Bedong, Kedah pagi hari ini.

Sungai Petani: Seorang ibu hamil empat bulan maut manakala suami dan tiga anaknya parah selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh dua kereta dari arah bertentangan di laluan Sungai Petani-Gurun di Taman Desa Budiman, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 1.15 petang, mangsa, Intan Safina Hussin, 26, yang memandu kereta berkenaan manakala suaminya, Mohd Azrul Azmi, 30, berada di tempat duduk hadapan dan tiga anaknya berusia tiga hingga lapan tahun duduk di belakang sedang dalam perjalanan pulang dari Sungai Petani ke rumah mereka di Taman Sri Utama, Gurun, dekat sini.

Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa cuba memotong kenderaan yang berada di hadapannya namun gagal lalu merempuh kereta yang datang dari arah bertentangan.

"Pada masa sama, kenderaan kedua yang berada di belakang di laluan bertentangan itu juga tidak sempat menekan brek lalu merempuh bahagian belakang kereta berkenaan.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala suami dan anak sulung mereka masih koma manakala dua lagi anak mereka dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, " katanya.-metro

~Semoga ini jadi pengajaran kepada pemandu yang suka menekan minyak ketika kereta lain ingin memotong.Akhirnya terlibat sama dalam kemalangan ngeri.

0 comment... add one now