Punca Google Merajuk Henti Siarkan Berita Dari Sepanyol

Sekatan berita yang bersumber dari sepanyol ini akan dilaksanakan 4 hari sahaja lagi.Walau bagaimanapun bukanlah kerana google merajuk,sebaliknya punca sebenar ialah kerana undang-undang baru yang dilaksanakan untuk hakcipta.

MADRID – Firma enjin secara talian gergasi Amerika Syarikat (AS), Google semalam mengumumkan tidak lagi menyiarkan semula sebarang berita diperoleh dari sebarang sumber di Sepanyol mulai 16 Disember ini menerusi laman sesawang Google News Spain.

Keputusan drastik itu dibuat ekoran pelaksanaan undang-undang harta intelektual Sepanyol bermula bulan depan menyebabkan semua laman penyedia berita Internet perlu membayar bagi menyiarkan kembali berita itu sama ada sebahagian atau sepenuhnya.

Kementerian Kebudayaan Sepanyol bagaimanapun mendakwa, langkah tersebut tidak mengekang kebebasan bermaklumat malah memberi jaminan akses berita melalui Internet tetap ada terutama terus daripada sumber laman web asal organisasi berita itu.

Undang-undang tersebut turut dijangka menjejaskan enjin carian Yahoo namun ia tidak tertakluk kepada rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter yang masih lagi bebas menyiarkan semula apa-apa berita dari Sepanyol tanpa dikenakan sebarang caj.

“Ia konon mahu lindung syarikat akhbar Sepanyol kerana dakwa Google ambil dan siar kembali berita itu tanpa mereka dapat apa-apa tetapi ramai terlupa khidmat Google pun percuma malah kami tidak buat duit,” kata pengarah Google News, Richard Gingras.

Penganalisis media terkenal Sepanyol, Fernando Cano juga membidas peraturan itu sebagai bencana kepada negara itu kerana meskipun kebanyakan akhbar bercetak ada versi talian, ia menyebabkan kos bertambah untuk agensi berita lain membayar caj harta intelektual.

Jumlah pengguna ujarnya, akan jatuh mendadak kerana sebahagian besar berita Sepanyol turut dibaca jutaan rakyat Amerika Latin dan mereka pasti terbeban teruk apabila terpaksa membayar hanya untuk mengetahui perkembangan isu semasa negara itu. – Agensi

0 comment... add one now