Perkahwinan Fauziah Latif Dengan Pemuda

Fauziah Latif sudah lama hidup menjanda.Sekarang bila anak-anak dah besar baru dia terbuka hati untuk berkahwin lagi.Sudah menjadi trend artis-artis janda berusia di Malaysia untuk berkahwin dengan 'pucuk muda".

Fauziah Latif atau mesra dipanggil Jee berkata dia sudah bersedia sepenuhnya untuk berumahtangga semula selepas kecewa dengan lelaki terdahulu.

"Ya… Insya-Allah tahun depan masa sesuai untuk saya mendirikan rumah tangga.
"Saya sendiri berdebar-debar untuk melangkah ke alam itu semula, tapi saya fikir ia adalah untuk kebahagian semua pihak termasuk anak-anak," ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Fauziah memberitahu tidak terlalu memberi tumpuan untuk mengenai persiapan majlis perkahwinan tersebut kerana mahu ia dilaksanakan secara sederhana sahaja.

"Saya tidak banyak buat persiapan kerana pada usia sekarang yang penting ialah untuk settle down sahaja.

"Alhamdulillah, anak-anak saya terima dengan keputusan ini dan mengharap yang terbaik buat kami," katanya.

Sementara itu, ditanya tentang lelaki berkenaan Fauziah belum bersedia mendedahkan identiti pemuda itu buat sementara waktu.
Fauziah pernah berkahwin dengan Johan Indot di London pada tahun 1997 dan mereka disahkan bercerai pada tahun 2007.

Hasil perkahwinan selama 10 tahun itu, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jeffri Joaquim, 15 dan Jeremy Jay, 13.

0 comment... add one now