Pekerja Hotel R#gol Wanita Australia

Roaquin Radzmund Muhammed Redu-an, 25, didakwa mer#gol warga Australia pengurus sebuah restoran makanan segera yang berusia 27 tahun di dalam bilik bernombor 1007, Hotel Ritz-Calton di sini kira-kira pukul 5 pagi, 19 Oktober lalu.


RADZMUND MUHAMMED REDUAN (tengah) dibawah keluar dari mahkamah selepas didakwa atas tuduhan merogol wanita warga Australia, di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN.

KUALA LUMPUR 10 Dis. – Seorang pelayan sebuah hotel bertaraf lima bintang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol seorang wanita warga Australia, bulan lalu.

Pemuda itu didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norazlin Mohammad Yusoff dan tertuduh diwakili peguam Zamri Ibrahim, sementara Tania Scivetti pula hadir sebagai peguam pemerhati kepada mangsa.

Hakim Azman Mustapha tidak membenarkan jaminan terhadap tertuduh sementara menunggu sebutan kes pada 8 Januari tahun depan.

0 comment... add one now