Norman Hakim Mengaku Ketagih

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 38, berkata, dia menjadikan perkara tersebut sebagai rutin harian yang diamalkan sejak lima tahun lalu."Dulu saya pergi gim untuk buang sifat negatif dan bina otot, namun semakin lama saya jadi ketagih sehingga menjadi rutin harian saya.






PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim memberitahu dia tidak pernah gagal walaupun sehari untuk melakukan senaman di gim bagi mengekalkan bentuk badan sasa.

"Kalau terlalu sibuk sekalipun saya akan curi masa untuk buat 'kardio' asalkan dapat mengeluarkan peluh," ujarnya kepada mStar Online.




Dalam pada itu, Norman mengakui emosinya boleh terganggu dan perasaan mudah marah apabila tidak dapat bersenam di gim.

Tambah Norman, isterinya pelakon Memey Suhaiza memahami situasi itu dan sentiasa memberi sokongan terhadap apa sahaja yang dilakukannya.

"Saya punya ketagih untuk ke gim boleh diibaratkan kalau ada orang bayar supaya saya tidak bersenam sekalipun... saya tolak.

"Susah nak cakap perasaannya, kalau saya tidak pergi saya rasa mudah berasa marah," ujarnya.


0 comment... add one now