Kereta Shaheizy Sam Disaman Kerana Nombor Plat

Nampaknya isu nombor plat menjadi sebutan semula hari ini selepas kereta mewah Audi A5 Shaheizy Sam disaman polis.Kereta itu yang dihadiahkan kepada ibunya Khaty Fauziah  disaman kerana no Plat diubah kreatif dari MCM 1774 menjadi perkataan MOMMY.

 Berita Harian hari ini melaporkan yang pelakon itu telah disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika memandu kenderaan itu di Lebuhraya DUKE baru baru ini kerana plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi.

“Selepas ini mummy agak takut untuk memandu lagi. Mummy sedar dan akur dengan kesalahan ini. Sebagai artis kita juga harus patuh dengan undang-undang yang ditetapkan kerajaan. Tiada hak istimewa kepada golongan seni dan polis hanya menjalankan tugas”

“Mummy akan meminta Sam untuk segera menukar plat nombor pendaftaran ini. Nasihat Mummy kepada golongan seni, siapa pun kita, undang-undang harus dipatuhi,” ujar Khaty mengulas.

Nampaknya lepas ni semakin ramai la kereta-kereta mewah bernombor plat biasa dan bersaiz besar-besar.

0 comment... add one now