Soal kereta mewah itu datang daripada saya, tetapi Emma memang seorang yang sangat sederhana. Dia amat berat hati untuk mengizinkan saya membeli kereta mewah.Faktor lain pula, saya terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa hendak bersama dengannya. Itu yang menyebabkan Emma agak tertekan.
Selain itu, apabila orang kata Emma kikis duit saya, perkara itu tambahkan lagi tekanan bukan sahaja kepada Emma bahkan kepada saya juga,” ujarnya yang turut mengakui masih menyintai Emma.
Pelawak dan pengacara Zizan Razak, 30, mengaku dia kini dalam proses memujuk hati bekas kekasihnya, pelakon Emma Maembong, 22, untuk kembali selepas Emma mengeluarkan kenyataan bahawa hubungan mereka sudah berakhir.
“Memang kami telah berpisah tetapi sekarang saya dalam proses untuk pujuk Emma kembali,” kata Zizan seperti yang dilaporkan Kosmo! hari ini.
Dia turut mengulas keinginannya hendak membeli sebuah kereta mewah yang dikatakan sebagai punca pergaduhan besar sehingga membuat Emma memutuskan perhubungan yang terbina sejak tahun 2013 itu.
“Memang kami ada bertengkar pasal hasrat saya hendak membeli kereta mewah, tetapi bukan faktor itu sahaja. Banyak lagi faktor lain yang menyebabkan hubungan kami berada dalam penuh tekanan-Malaysian Digest