Video Peminta Sedekah Cina VS Melayu Jadi Viral Di Internet

Pemilik akaun Facebook bernama Yeen Mazlan menulis: “Setuju dengan pemuda ini. Memang nampak kasar cara penyampaiannya. Tapi, cuba faham balik apa intipati yg cuba disampaikan. Siapa tahu dengan cara macam ini, boleh terbuka hati orang tua tu. Apa pun, jadikan video ini sebagai pengajaran dalam kehidupan kita juga.


Terpulang kepada kita nak adili pasal pemuda ini, video yang dia rakam ni, dengan pakcik dalam video ni. kalau kita adili yang baik, maka baiklah jadinya. kalau buruk, buruklah jadinya.”

Seorang pengguna laman sosial Facebook yang  menggunakan akaun bernama Nur Fazura memuat naik satu klip video menunjukkan  seorang warga emas yang didakwanya cuba menipu orang ramai, dengan berlagak  sebagai orang miskin dan meminta sedekah, tetapi sebenarnya dia  membeli minuman keras menggunakan wang yang disedekahkan kepadanya.

Berdasarkan klip video selama 2 minit 33 saat  itu, warga emas yang mungkin sudah menjangkau usia lebih 60 tahun itu, kelihatan  memasuki keretanya yang diletakkan di bahu jalan, lalu didekati lelaki yang  merakamkan klip video berkenaan.

Mengikut jalan ceritanya, warga emas  berkenaan sebelum itu singgah di sebuah kedai serbaneka di Damai Utama,  Puchong, dipercayai untuk membeli minuman keras.

Seorang lelaki yang memandu sebuah kereta  lain berhenti di sebelah kereta warga emas berkenaan dan kemudian  meluru ke sebelah kiri pemandu kereta warga emas itu.

Menerusi rakaman perbualan dalam klip video itu,  lelaki berkenaan telah mengekori kereta yang dipandu warga emas terbabit  sejauh 5 kilometer dari Bandar Kinrara, apabila curiga dengan sikap lelaki  tua itu, selepas menderma RM30 kepadanya, kerana simpati.

Pada mulanya, warga emas berkenaan dikatakan  telah berjumpa lelaki tersebut dan menagih simpati bagi mendapatkan wang, dengan  alasan mahu mengisi minyak kereta untuk pergi ke Seremban, bagi melihat  isterinya yang mati, akibat terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Malah, bagi meyakinkan lelaki itu, warga  emas terbabit telah menangis teresak-esak sambil mengesat air matanya,  menyebabkan lelaki tersebut bersimpati dan menghulurkan wang kepadanya.

Bagaimanapun, segalanya terbongkar, selepas  lelaki tersebut mengekorinya dan seterusnya merakam perbualan dengan warga  emas berkenaan yang turut mengakui sering berkunjung ke kedai serbaneka itu  untuk membeli minuman keras.

Video berkenaan kemudiannya dimuat naik ke  Facebook, dengan niat agar orang ramai di sekitar Bandar Kinrara, berhampiran  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang tidak mudah tertipu dengan sandiwara  warga emas terbabit.

Video itu tersebar luas dan menjadi  viral di laman sosial itu, selepas ditonton lebih 60,472 kali serta  mendapat pelbagai komen.

Ada di antara mereka yang tidak bersetuju  dengan tindakan lelaki itu.

Pemilik akaun Facebook bernama Latiefah  Yacob menulis: “Sebenarnya saudara telah dapat pahala dengan bersedekah kepada  orang tua Cina tu, tak perlu nak mengambil tahu dia tipu ke, beli arak ke,  kerana niat anda bersedekah telah mendapat pahala, sikap menghormati antara satu  sama lain adalah budaya setiap kaum yang semestinya ditonjolkan, bukannya dengan  meninggikan suara.”

0 comment... add one now