Shila Amzah pernah diboikot oleh pihak media melayu di Malaysia kerana beberapa isu yang menjadi salah faham antara Shila Amzah dan wartawan satu ketika dulu.Kerana percaya masih diboikot,Shila Amzah membuat keputusan tidak akan menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) edisi ke-28, kali ini.
Perkara itu dimaklumkan Shila ketika sesi temubual bersama stesen radio Hot fm pada Jumaat, dan turut dimuatnaik ke akaun Instagramnya dengan kapsyen:
“Shila Amzah Entertainment Berhad, have decided not to take part on this year’s Anugerah bintang popular berita harian due to the conflicts with SOME of the media #shilalas #wearestillunited”
(“Shila Amzah Entertainment Berhad tidak akan mengambil bahagian dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian berikutan konflik dengan media TERTENTU”)
Bagi kami, ada kewajaran di sebalik keputusan Shila itu kerana kontroversi yang berlaku sebelum ini bukan sesuatu yang boleh dianggap ringan.
Sidang media yang pernah diadakan sebelum ini untuk memulihkan ‘perbalahan’ antara penyanyi itu dengan para wartawan tempatan juga boleh dikatakan gagal selepas ia dijadikan landasan untuk bapanya, ND Lala menghentam beberapa wartawan tertentu.
Rasanya, kalau Shila muncul pun dalam anugerah tersebut, kami bimbang kehadirannya nanti umpama angin lalu sahaja kerana pihak media yang memboikotnya tentu sudah tak mahu ambil tahu akan perkembangannya-mynewshub.cc