Susulan kejadian itu, kedua-dua anggota polis berkenaan digantung tugas namun kini mereka telah melarikan diri.Dalam pada itu, ibu gadis berkenaan berkata, anak perempuannya itu telah keluar dari rumah untuk membuang air apabila dia ditarik masuk ke dalam kereta oleh dua anggota polis itu ketika sedang berjalan pulang ke rumah mereka.
Konstabel Veer Pal Singh Yadav dan Avnish Yadav kemudiannya meninggalkan gadis itu di sebuah kawasan di kampung berkenaan.
“Mereka kemudiannya mengunci anak saya dalam sebuah bilik di balai berkenaan dan merogolnya. Bila keadaannya semakin teruk, mereka telah meninggalkannya di sebuah kawasan terpencil pada tengah malam,’’ katanya dalam satu kenyataan.
Dua beranak itu telah membuat laporan di balai polis Musajhag mengenai insiden tersebut namun tiada anggota polis yang mendengar cerita mereka.
Hanya selepas mereka berjumpa dengan pegawai tinggi polis di situ dan mendapat liputan media, barulah perkara itu diambil serius dan siasatan dilancarkan segera.
Susulan itu orang ramai mendesak supaya tindakan segera diambil ke atas dua anggota polis berkenaan.