Budak 7 Tahun Terselamat Dari Nahas Pesawat

Kanak-kanak tersebut dalam ketakutan dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan pesakit luar," menurut polis.Menurut AP, pihak penyelamat menjumpai bangkai pesawat tersebut bersama-sama dengan empat mayat di dalamnya, termasuk mayat juruterbang.


NASHVILLE - AMERIKA SYARIKAT. Sorang kanak-kanak perempuan terselamat selepas sebuah pesawat ringan terhempas di Kentucky pada Jumaat, mengorbankan juruterbang dan tiga orang penumpang yang lain.

Menurut polis, pesawat tersebut terhempas di kawasan hutan Lyon County, kira-ira 115 batu dari Nashville.

Pihak polis memberitahu mereka menerima panggilan kecemasan dari seorang lelaki mengenai 'seorang kanak-kanak perempuan datang ke rumahnya dan memberitahu dia terlibat dalam kemalangan pesawat'.

Punca pesawat terhempas masih di dalam siasatan.

0 comment... add one now