Sebelum ini ramai peminat terkejut dengan pengunduran pelawak otai Ilya Buang dari kumpulan Sepatu ketika dalam pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014,terkini Jep pula yang mengundur diri.Namoaknya pelawak Shuib terpaksa bergerak solo di minggu akan datang.Ia disahkan sendiri oleh isteri Shuib iaitu Siti Sarah menerusi Instagramnya.
Ianya bakal memberi cabaran besar buat Shuib selepas terpaksa mengharungi minggu kesembilan program MLM 2014 secara solo. Lebih-lebih lagi minggu kesembilan menyaksikan baki lapan kumpulan bakal diuji dengan tema ‘Seram’.
Dalam pada itu, status kesihatan Jep masih menjadi tanda tanya sehingga terpaksa menarik diri di saat akhir.
Kumpulan Sepahtu sebelum ini mengumumkan penyertaan Ilya Buang juga salah seorang bekas ahli kumpulan Senario sebelum terpaksa menarik diri beberapa minggu selepas itu akibat masalah kesihatan sehingga menjejaskan momentum persembahan mereka di pentas MLM 2014.