Belum lagi reda isu mengenai pesawat Airasia Indonesia yang terhempas,timbul isu baru juruterbang positif dadah.Bagaimanapun tak disebutkan pula dadah jenis apa,mungkin dadah itu terkandung dalam ubat-ubatan,nasi kandar ke,atau mungkin juruterbang tersebut hisap dadah kerana takut dengan cuaca yang tak menentu.
PETALING JAYA: Seorang juruterbang AirAsia Indonesia pada Khamis dilaporkan positif dadah dalam satu pemeriksaan yang dijalankan selepas beliau menerbangkan pesawat dari Jakarta ke Bali.
Portal berita Indonesia, Kompas memetik Pegawai Khas Kementerian Pengangkutan Indonesia, Hadi M Diuraid sebagai berkata, juruterbang berkenaan menjalani ujian dadah pada pagi Khamis selepas pesawat QZ7510 mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai di Denpasar, Bali pada pukul 8.50 pagi waktu tempatan.
Menurut laporan itu, juruterbang tersebut dijadualkan membuat penerbangan semula ke Jakarta pada pukul 9.20 pagi hari yang sama.

~Sekiranya juruterbang ini sah menghisap dadah,sila buang dan ban forever dari kerjaya ini.Tak ada sapa nak naik kapalterbang dipandu oleh penagih dadah yang khayal.