Ibu Kental Kutip Cebisan Otak Anak Dilanggar Lori

Ngeri dan sungguh dahsyat,tak boleh nak bayangkan sekiranya perkara ini terjadi pada kita sendiri.itulah kasih seorang ibu yang mengatasi rasa ngeri hingga dia sanggup mengutip cebisan daging,otak mayat anaknya.

Kajang: Suasana hiba menyelubungi lokasi nahas jalan raya apabila seorang ibu dilihat tunduk menangis sambil mengutip cebisan daging dan otak anak lelakinya yang maut.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi semalam, wanita malang itu mengambil masa lebih 10 minit untuk mengumpulkan cebisan mayat anaknya yang hancur digilis lori tanah di Batu 12 1/2, Jalan Hulu Langat di sini.

Kemalangan berhampiran Taman Sri Nanding itu meragut nyawa anaknya, Muhammad Khairul Ashraf Kamarulzaman, 15, dan seorang lagi remaja, Muhammad Fais Mohamad Daud, 16.

Kedua-dua mangsa itu dikatakan dalam perjalanan menunggang motosikal untuk mengecat masjid di Sungai Besi.

Mangsa mengambil upah mengecat masjid itu bagi mencari duit poket sempena musim cuti persekolahan.Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

-Kalau dia tak kutip,kenderaan lalu-lalang mungkin menggilis lagi cebisan tersebut..mungkin juga boleh disambar burung gagak,takziah pada ibu mangsa,respek kerana bertindak bijak dengan tidak meraung-raung hilang pertimbangan.
Apapun niat mereka untuk mengindahkan masjid tidak kesampaian,semoga dikira salah satu daripada jihad.

0 comment... add one now