Gambar Perkahwinan Nur Syafiqa Gadis Ditoreh Muka

Saya bersyukur permulaan tahun baru ini dimulakan dengan sesuatu yang baik selepas tahun lalu membawa kedukaan berganda saya dan keluarga,” kata Nur Syafiqa Lah, 22, yang menjadi mangsa samun dan toreh dalam kejadian 30 November lalu di rumahnya di Wakaf Berangan, Pasir Puteh.



Kota Bharu: “Semalam (kelmarin) adalah hari paling menggembirakan buat saya selepas diijab kabul dengan tunang.

Kira-kira 2.30 petang kelmarin, Nur Syafiqa selamat dinikahkan dengan pasangannya Mohd Azijja Zafran Mohamad Zahari, 24, oleh Imam Masjid Padang Pak Amat, Abu Husain Radzai disaksikan anggota keluarga terdekat.

Dia turut menerima mas kahwin RM10,000.

Turut meraikan hari bahagia pasangan itu adalah ibu Nur Syafiqa, Hat Tema Mat Zin, 58, yang turut menjadi mangsa kejadian samun berkenaan selain ayahnya Lah Hassan, 59.

Mewakili keluarga pengantin lelaki, ayah Mohd Azijja Zafran, Mohamad Zahari Omar, 57, dan Zaharah Yaakob, 53.

Nur Syafiqa berkata, perkahwinan mereka sepatutnya berlangsung pada Mac, namun diawalkan selepas kejadian itu selain dirinya yang memerlukan sokongan insan kesayangan.

“Majlis akad nikah diadakan serba ringkas bagi memenuhi syarat dan tuntutan agama. Kami tidak merancang berlebih-lebihan kerana majlis resepsi hanya akan diadakan pada 28 Mac.

“Saya tidak menghebahkan perkara ini kepada umum sebaliknya hanya keluarga terdekat saja yang mengetahuinya,” katanya.



Pada majlis itu, Nur Syafiqa mengenakan busana merah jambu sedondon dengan suaminya.

Dalam pada itu, Nur Syafiwa mengaku menerima tekanan apabila orang ramai mula memperkatakan mengenai insiden yang berlaku padanya di laman sosial.

Dia turut berharap semua pihak menghormati privasinya dan memberi ruang untuk dia pulih sepenuhnya.

Dalam kejadian lalu, Nur Syafiqa menerima 15 kecederaan kebanyakan di muka apabila pipinya ditoreh penyamun yang memecah masuk rumah.-hmetro

0 comment... add one now