TNB Temerloh Kenakan Cas RM5 Cas Hp Masa Banjir

Selepas banjir,banyak kejadian yang berlaku diceritakan kembali oleh mangsa banjir.Antaranya kes orang ramai pecah kedai,ada juga pencuri mengambil peluang pecah rumah.Ramai juga yang ditindas oleh pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan mengenakan bayaran untuk mengecas telefon bimbit  di bangunan  kerajaan Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Temerloh, Pahang.
(gambar hiasan)
Bayaran sebanyak RM5 untuk sekali cas itu diambil oleh pengawal-pengawal keselamatan daripada syarikat swasta yang diupah untuk mengawal bangunan tersebut.

Menurut Nurul Huda Mohamad, jirannya terpaksa membayar untuk mengecas telefon bimbit di bangunan tersebut kerana bekalan elektrik di kawasan sekitar telah diputuskan akibat banjir.

"Kekeliruan timbul apabila jiran-jiran yang pulang daripada mengecas telefon mengatakan TNB mengenakan bayaran sedangkan kita tahu ia sebuah syarikat milik kerajaan.

"Kenapa TNB begitu kejam dan menindas mangsa banjir yang sememangnya sedang berada di dalam kesusahan kerana rumah mereka dilanda banjir manakala bekalan elektrik pula terputus tetapi apabila disiasat, rupa-rupanya itu kerja pengawal-pengawal keselamatan yang bekerja di situ. Geram betul!,” katanya baru-baru ini sambil menambah laporan telah pun dibuat kepada pihak pengurusan TNB Temerloh untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, keadaan banjir yang semakin pulih turut menyebabkan bekalan elektrik mula disambung semula. - MalaysiaGazette

~Apa pengawal keselamatan tu ingat..bil lektrik bangunan kerajaan tu dia bayar ke?

0 comment... add one now