Gambar Menarik Di Filem Suamiku Encik Perfect 10

Aaron Aziz sentiasa muncul dengan filem terbaru di Pawagam.Berwajah kacak dan bertubuh sasa menjadi pilihan pengarah filem untuk melariskan tiket.Dibawah ini disediakan gambar menarik Di Filem Suamiku Encik Perfect 10.


Sinopsis Filem Suamiku Encik Perfect 10
Kisah Suamiku, Encik Perfect 10! bermula apabila satu pertemuan yang tidak diduga di antara seorang pelajar perubatan iaitu Aleeya Azmeen dan Zarief Danial, seorang ahli perniagaan ketika mereka sama-sama dalam penerbangan pulang dari Heathrow, London ke KLIA, Malaysia. Pertemuan itu akhirnya membawa mereka menjadi pasangan suami isteri. Namun, perkahwinan itu hanya lakonan semata-mata bagi mengaburi mata keluarga Aleeya dari mengetahui tentang kisah sebenar yang disimpannya.

Sementara itu, Zarief yang sudah pun bertunang dengan Azura Hanim mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan itu kerana mula menyayangi Aleeya. Di saat cinta mula berputik di antara Aleeya dan Zarief, bekas kekasih Aleeya iaitu Syed Muzaffar kembali bagi menuntut cintanya. Konflik bertambah rumit apabila keluarga Syed Muzaffar turut campur tangan dengan cuba merebut anak yang dikandung oleh Aleeya kerana ingin mendapatkan waris demi harta dan kekayaan.
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar yang merupakan ayah kepada anak yang dikandungnya? Atau Zarief Daniel iaitu lelaki yang berjaya mengubat lukanya sebelum ini? Adakah Aleeya Azmeen akan memperolehi suami encik perfect 10 seperti yang diharapkannya selama ini?
Mempersembahkan Sebuah produksi

Genre : Romantik
Pengarah : Mohammed Feroz Abdul Kader
Penerbit : Astro Shaw Sdn. Bhd.
Global Station Sdn. Bhd.
Produksi : Global Station Sdn. Bhd.
Bahasa : Bahasa Malaysia
Tarikh Tayangan : 22 Januari 2015
Format : High Definition
Durasi : 124 minit
Barisan Pelakon
Aaron Aziz sbg Zarief Danial
Lisa Surihani sbg Aleeya Azmeen
Syazwan Zulkifli sbg Syed Muzaffar
Raja Ilya sbg Azura Hanim
Normah Damanhuri sbg Tok Zaharah
Jehan Miskin sbg Akram
Jasmin Hamid sbg Puan Yazmeen

Abdul Manan sbg Syed Mustaffa
Zarynn Min sbg Kayra
Abdullah Helmy sbg Yazid
Mak Wan sbg Maryam
Tunku Hanis sbg Nasmina
Aznah Hamid sbg Datin Hanis
Shaharuddin Thamby sbg Dato’ Arshad
Hashimah Zaki sbg Sharifah Haslina
Shafiz Sumari sbg Hussin






0 comment... add one now