Cara Azam Untuk Kurus Paling Simple Tapi Berjaya

Anda mungkin tergolong dalam manusia yang rugi dan tak akan berjaya dalam hidup sekiranya tiada azam.Apatah lagi azam demi kesihatan iaitu azam untuk kurus,azam diet.Tahun demi tahun cepat sekali berlalu.Cuba anda kira apa impian hidup yang telah anda capai?Kali ini, apa pula azam tahun baru anda? Azam tahun lalu masih belum kesampaian? Masih belum terlambat untuk memberikannya peluang kedua dan terus mencubanya tahun ini.
Itulah kunci kejayaan kepada jutaan rakyat Malaysia yang menyatakan komitmen mereka untuk membuang beberapa kilo lebihan berat badan mtelah ereka sepanjang tahun 2007 ini, sekali gus memperoleh tubuh badan serta minda yang sihat.


Menetapkan Matlamat Yang Betul


Kebanyakan individu yang cuba menurunkan berat badan mereka terlalu fokus kepada hanya satu matlamat iaitu, menurunkan berat badan. Bagaimanapun, bahagian yang paling produktif untuk diberikan tumpuan adalah perubahan dietari (mengehadkan makanan) dan senaman yang akan mendorong kepada kawalan berat badan jangka panjang.
Ingat! matlamat yang berkesan adalah spesifik, boleh dicapai dan bersifat pemaaf. Contohnya, ‘Banyakkan bersenam’ merupakan satu matlamat yang baik tetapi ia bukan spesifik. ‘Berjalan lima batu setiap hari’ adalah spesifik dan boleh diukur tetapi adakah ia boleh dicapai sekiranya anda baru sahaja memulakannya?


‘Berjalan 30 minit setiap hari’ lebih mudah untuk dicapai tetapi, apakah yang akan terjadi jika anda terpaksa bekerja seharian dan hujan turun dengan lebatnya semasa anda melakukan aktiviti tersebut pada hari yang lain pula?

‘Berjalan 30 minit, lima hari seminggu’ adalah spesifik, boleh dicapai dan boleh dimaafkan.


Memberikan Ganjaran Kepada Kejayaan (tetapi bukan dengan makanan)

  • Ganjaran yang boleh anda kawal, boleh digunakan bagi menggalakkan anda memperoleh matlamat untuk mengawal berat badan, terutamanya yang sukar dicapai.
  • Ganjaran yang berkesan adalah sesuatu yang diingini, sampai pada waktunya, dan mungkin menepati matlamat yang disasarkan.
  • Ganjaran boleh jadi dengan cara memanjakan diri anda menonton wayang atau mendengar muzik. Ingat, pelbagai ganjaran yang kecil-kecil bagi memenuhi matlamatmatlamat yang kecil adalah lebih efektif berbanding ganjaran yang lebih besar serta memerlukan daya usaha yang lama dan sukar.
Imbangi Buku Semak Makanan Anda
Ini bermakna anda perlu memantau tingkah laku pemakanan anda dengan cara memerhati dan merekodkan beberapa aspek tingkah laku pemakanan anda. Antara lain, berapa banyak kalori yang anda ambil sehari, berapa banyak hidangan buah- buahan dan sayur-sayuran yang anda makan sehari, berapa kerap dan berapa lamakah anda bersenam, dan sebagainya. Ataupun, anda boleh memantau atau merekod hasil daripada tingkah laku ini, seperti berat badan. Cara ini akan benar-benar membantu anda menentukan sejauh manakah kejayaan anda dan apa yang perlu dilakukan untuk memenuhi matlamat mengawal berat badan anda.
Elak Tindak Balas Berantai
  • Kenal pasti klu atau tanda-tanda persekitaran dan sosial yang cenderung menggalakkan pemakanan yang tidak diingin.
  • Bekerjalah untuk mengubah tanda-tanda berkenaan. Contohnya, anda mungkin mendapat tahu (mempelajari) bahawa anda lebih mudah terlebih makan semasa menonton televisyen atau bila mana terdapat makanan dipamerkan di atas meja atau pantry pejabat.
  • Cuba putuskan talian di antara makan dengan klu (jangan makan sambil menonton televisyen), hindari atau hapuskan tanda-tanda tersebut (terus meninggalkan ruang dapur pejabat sejurus menuang atau selepas selesai membuat minuman).
Dapatkan Mesej Kenyang
  • Menukar cara pemakanan anda memudahkan anda untuk makan secara berkurangan tanpa berasa serba kekurangan. Ia hanya mengambil masa 15 minit atau lebih bagi otak anda menerima mesej yang anda suapkan. Jadi, perlahankan kadar makan anda. Itu akan membenarkan isyarat kenyang mula terhasil menjelang berakhirnya hidangan anda.
  • Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran akan menjadikan anda bertambah kenyang.
  • Helah lain yang boleh digunakan adalah dengan menggunakan pinggan yang lebih kecil dan dengan itu hidangan yang sederhana tidak nampak berkurangan.
  • Tambahan pula, menukar jadual pemakanan anda atau persekitaran boleh membantu mencapai matlamat anda terutama sekali jika anda gemar meninggal atau melengah-lengahkan hidangan dan kemudiannya, terlebih makan.
Tip-Tip Tambahan
  • Tuliskan matlamat anda di atas sekeping kertas sebagai satu kontrak perjanjian dan letakkannya di mana-mana tempat yang boleh mengingatkan anda kepada janji-janji tersebut misalnya, ditampal pada peti sejuk.
  • Tetapkan satu tarikh. Setahun mungkin satu rangka masa yang terlalu luas. Tandakan kalendar anda dengan satu tarikh khas bagi setiap matlamat yang ingin dicapai.
  • Capai matlamat mini setiap minggu. Bukankah lebih mudah mengalihkan seketul batu berbanding sebuah bukit. Contohnya:
Minggu pertama: Minum lapan gelas air sehari
Minggu kedua: Menggunakan tangga di sebalik menaiki eskalator atau lif
Minggu ketiga: Tidak makan makanan bergoreng dan berminyak
Minggu keempat: Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran di dalam hidangan
Minggu kelima: Tidak mengambil makanan berat selepas pukul 7 malam

  • Beritahu ahli keluarga dan kawan-kawan anda tentang azam tahun baru untuk tampil kurus dan lebih langsing pada tahun 2008.
  • Buat carta perkembangan matlamat anda setiap minggu di samping ganjaran yang diterima setiap kali anda berjaya melakukannya.
  • Realistik. Tiada apa yang akan memerangkap anda ke dalam kegagalan lebih dari jangkaan yang tidak berpijak di bumi nyata. Jika anda menetapkan matlamat untuk mengurangkan berat badan sebanyak 10 kilogram dalam tempoh dua bulan, anda akan kecewa jika ia tidak menjadi nyata. Pengurangan berat badan yang terbaik bukan secara drastik tetapi perlahan-lahan dan stabil.
Sumber Maklumat: Mingguan Malaysia

0 comment... add one now