Awek Melanau Bangga Makan Ulat Mulong

Ulat Mulong diminati ramai, baik di kalangan masyarakat bumiputera, Cina mahupun pelancong asing kerana rasanya yang lemak.

Walaupun tiada kajian saintifik, ulat mulong dikatakan mempunyai beberapa khasiat termasuk dapat mengurangkan masalah kegemukan manakala minyaknya pula berkhasiat untuk melebatkan rambut.

Kegilaan terhadap ulat mulong menjadikannya sebagai makanan yang mempunyai nilai komersial sekali gus menjadi sumber pendapatan lumayan kepada pembekal dan penjualnya
Kuala Lumpur -Tindakan gadis Melanau yang memuatnaik gambar sedang memakan ulat mulong berjaya menarik perhatian segelintir masyarkat.

Walaupun majoriti masyarakat Malaysia tidak sanggup untuk menjamah makanan yang dikategori sebagai eksotik itu, namun gadis yang dikenali sebagai Umiey Surianie II berbangga dengan tindakannya itu.
Tidak cukup dengan itu, beliau turut mempelawa kenalan media sosialnya untuk turut sama mencuba makanan tersebut.

Ulat mulong yang dipanggil si’et dalam bahasa Melanau atau tinduh dalam bahasa Iban ini sebenarnya berasal dari larva kumbang yang bersarang di dalam batang pokok rumbia yang sudah reput.
Ulat mulong terutama yang gemuk berlemak boleh dinikmati menerusi pelbagai jenis masakan sama ada digoreng bersama kicap, disalai, dibuat sup ataupun dijadikan sate sentiasa mendapat sambutan daripada pelbagai lapisan masyarakat khususnya di Sarawak.

Bagi penggemar tegar pula, ada yang memakan ulat mulong secara hidup-hidup yang dicicah dengan garam halus atau dimakan bersama sagu..-suaratv

0 comment... add one now