Artis KPOP Tak Salah Yang Salah Gadis Bertudung-Felixia

Nampaknya isu gadis bertudung yang "beraksi" seperti dalam drama Korea dengan artis KPOP masih belum habis.Terbaharu model sensasi Felixia pula melontarkan pendapat.Bagi Felixia artis KPOP itu tidak bersalah kerana mereka tidak memahami sensiviti agama Islam.Yang salah ialah perempuan bertudung tersebut kerana tidak SAY NO.

Penulisan berikut dipetik dari laman facebook milik Felixia.

"Saya tak suka lelaki sentuh saya.
(Kecuali baby. HEHE.)
Dari dulu (time saya tak berhijab dan masih seorang model berimej seksi)……...sampailah sekarang (dah berhijab dan dah jadi seorang Muslimah).
Memang tak suka lelaki sentuh/peluk walaupun hanya sekadar untuk bergambar kenangan.
Tangan2 yang sempat "menjalar" kat bahu pun saya tepis dan kadang2 siap tegur kuat2, "Sorry sir, NO TOUCHING." (zaman modeling sebelum Islam)
Jadi saya pun tak faham kenapa semalam ada adik bertudung yang excited dan suka sampai sendiri yang memeluk artis lelaki Kpop dalam video tu…
Saya rasa artis tu tak bersalah sebab diorang bukannya tahu pun pasal agama kita ni.
Dah adik2 bertudung tu happy je bagi peluk, siap terloncat2 lagi nak peluk artis2 tu semula…aduhhhh.
Memang la artis2 Kpop tu terima dengan hati dan tangan terbuka je…
Jam saya tengok.
Alangkah bagusnya kalau adik2 yang bertudung tu say "NO" kat artis Kpop tu atas pentas bila diorang nak peluk.
Terus jadi dakwah...atas pentas pula tu.
MashaaAllah!
Renung-renungkanlah…
Even non-Muslims pun ada banyak yang tak bagi lelaki sentuh.
Be different, my sisters.
You're different, you're special. Remember that.
Your hijab is your greatest reminder everyday.
Stay that way.
Say NO next time.


Semoga adik perempuan bertudung kita akan insaf dan jom kita maafkan mereka.Cukuplah mereka dihentam berterusan.Pengajaran yang sangat bermakna bagi mereka setelah jadi viral.Tapi kalau masih seronok terbayang-bayang saat indah memeluk artis KPOP.. hermm.. elok la berjumpa JAWI. 

0 comment... add one now