Aksi Rosmah Peluk Lelaki Tak Sama Dengan KPOP

Ketika ramai mengkritik dan ingin menangkap gadis bertudung yang dipeluk ci*um oleh artis KPOP,timbul isu lain pula apabila ada yang mengaitkan dengan Rosmah yang pernah memelu#k c*um beberapa lelaki lain di khalayak ramai.

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar gesaan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin agar Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertindak dan menyiasat isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor yang memeluk pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.

Syed Ali yang mempertahankan tindakan Rosmah menegaskan apa yang dilakukan oleh isteri Najib itu tidak sama dengan apa yang dilakukan tiga gadis bertudung yang berpeluk dan bercium dengan artis K-Pop berkenaan.
"Saya sifatkan tindakan Rosmah yang memeluk pemain badminton nombor satu negara itu sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan. 
"Ianya sama sekali tidak boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung yang berpelukan dengan artis K-Pop. 
"Bagi sesiapa yang pernah mengikuti program Rosmah termasuk program yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Cheras pasti sering mendengar ucapan yang sering dilafazkan olehnya yang merupakan ‘ibu’ kepada 28 juta rakyat Malaysia.\ 
"Rosmah juga selalu menyebut , sebagai isteri Perdana Menteri, dia akan sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat pelbagai kaum di negara ini," katanya dalam catatan terbaharu di blog http://umnobahagiancheras.blogspot.com.

Syed Ali turut melahirkan rasa kesal dengan tindakan bekas Naib Ketua Pemuda Wangsa Maju yang juga penulis blog http://shahbudindotcom.blogspot.com yang mendakwa JAWI gagal bertindak ke atas Rosmah yang memeluk pemain badminton negara itu.

"Bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya seorang ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton yang mengharumkan nama negara," katanya.

Dalam pada itu tegas Syed Ali, apa yang dilakukan Rosmah terhadap Chong Wei atas kapasitinya sebagai isteri pemimpin nombor satu negara.

"Ianya tidak lebih seperti kasih sayang yang dinampakkan oleh seorang ibu kepada anaknya," ujarnya.
Shahbudin dalam tulisannya, turut mencabar JAWI memanggil dan mengeluarkan waran tangkap kepada isteri Rosmah.

Shahbudin turut mengecam JAWI yang disifatkannya ingin 'tumpang semangkuk' dalam isu K-Pop kerana mahu menunjuk-nunjuk kuasa dan keprihatinan mereka terhadap perbuatan maksiat.

Kata Syed Ali, tiada pihak harus mempersoalkan kewibawaan JAWI sendiri dalam usaha membanteras maksiat dan sebagainya.

"Dalam apa jua tindakan sekalipun JAWI mempunyai prosedur dalam mengatur tindakan. Apa yang dilakukan oleh JAWI dalam membanteras kejadian maksiat yang nyata dan terang-terangan sudah tentu mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.
"Tak perlulah mana-mana pihak mempersoalkan tanggungjawab JAWI dalam menangani isu K-Pop, pastimya mereka akan melakukannya dengan bijak dan penuh berhemah," katanya.

Pada masa sama, Syed Ali turut membidas tindakan sesetengah pihak yang terus mempolitikkan dan mengaibkan Rosmah dengan penyiaran gambar berpelukan bersama artis lelaki Bollywood.
"Ia tindakan tidak bertanggungjawab dan menghina institusi Perdana Menteri.
"Ia dilihat helah untuk menutup isu pokok yang sedang dibangkitkan sekarang ini iaitu isu berpelukan dengan artis K-Pop," jelasnya.
Sementara itu, dalam tajuk catatan terbaharu Shahbudin, Syed Ali dilemparkan pertanyaan penulis blog itu yang bertanya;
"Kalau Rosmah Boleh Dakap Chong Wei, Apakah Najib Juga Boleh Peluk Nicol David?"
Sabtu lepas, video perjumpaan bersama peminat B1A4 yang berdurasi tiga minit 21 saat itu menunjukkan aksi beberapa gadis Melayu berpelukan dengan anggota kumpulan berkenaan viral di media sosial.

Ada aksi gadis ini berpelukan malahan ada aksi mencium dahi yang turut dipaparkan di dalam video berkenaan.



WARAN TANGKAP UNTUK GADIS BERTUDUNG CIUM KPOP




KUALA LUMPUR - Beberapa remaja perempuan bertudung yang me*lakukan aksi tidak senonoh sewaktu konsert kumpulan K-Pop, B1A4 pada Sabtu lalu diberi tempoh seminggu bermula hari ini untuk memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pengarah Jawi, Paimuzi Yahya berkata, jika remaja berkenaan tidak memberikan kerjasama, waran tangkap melalui perintah mahkamah akan dikeluarkan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka supaya memberikan keterangan bagi membantu siasatan sekali gus membolehkan kontroversi berkenaan diselesaikan dengan seberapa segera.

“Kes tersebut akan dihadapkan ke mahkamah dan sebarang hukuman atau denda ditentukan oleh badan itu setelah perbicaraan dilakukan.

“Seperti kes-kes terdahulu, kebiasaannya pihak mahkamah akan menghantar mereka yang disabitkan dengan kesalahan untuk menghadiri sesi kaunseling bersama Jawi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hujung minggu lalu, tersebar secara meluas di laman sosial sedutan klip video aksi pelukan dan ciuman beberapa remaja Islam bersama-sama anggota kumpulan itu dalam konsert yang berlangsung di KL Live Center.


With some dressed as traditional Malay warriors, several NGOs today staged a mini protest in expressing their opposition to the 'K-pop culture'.


Video berdurasi tiga minit 21 saat itu menunjukkan empat pe*rempuan yang memakai tudung bukan sahaja merelakan diri dipeluk dan dicium malah membalas pelukan ahli kumpulan berkenaan.

Tambah Paimuzi, kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) Perbuatan Tidak Sopan di Tempat Awam.

“Pihak kami sebenarnya sedang menjalankan siasatan dan golongan penyokong K-Pop yang terlibat dengan kes tersebut masih belum dikenal pasti,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Paimuzi turut mengambil kesempatan untuk menasihati remaja agar berhati-hati semasa berhibur de*ngan mengambil kira ajaran Islam.

Katanya, ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting dalam kehidupan anak-anak agar tidak terjebak dengan perkara yang negatif seperti ini.

“Dalam setiap aktiviti anak-anak, ibu bapa harus mengambil tahu dan sentiasa menasihati mereka agar bersikap sopan dan memelihara akhlak supaya tidak mudah terjerumus dengan aktiviti tidak sihat,” katanya.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasi....yPk7zqM0.dpuf

0 comment... add one now