Video Amoi Hampir Dir*gol Dalam Lif

Semasa amoi tersebut memasuki lif, pengawal keselamatan berusia 30-an itu turut berada di situ dan dia mula curiga apabila suspek langsung tidak menekan butang lif.

Dakwanya, setibanya di tingkat enam, dia menyuruh pengawal keselamatan itu keluar terlebih dahulu namun tiada tindak balas.

“Melihat kelakuan pengawal keselamatan itu yang mencurigakan saya meluru keluar tetapi suspek tiba-tiba menarik serta menutup muka saya dengan tangannya sehingga saya jatuh terduduk di lantai lif.

“Saya melawan sehabis daya dan menggigit tangannya sebelum berjaya keluar daripada lif namun dia masih menarik saya. Saya bernasib baik ibu saudara mendengar je*ritan saya dan suspek yang nampak kehadiran ibu saudara terus menghilangkan diri melalui tangga,” dakwanya.

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Seorang pelajar kolej nyaris dir*gol seorang pengawal ke*selamatan dalam kejadian di dalam lif sebuah kondominium di Pandan Indah, di sini pada 27 Di*sember lalu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.40 petang ketika mangsa, Wong Kwan Yee, 20, yang tinggal bersama ibu saudaranya sejak tiga bulan lalu dalam perjalanan pulang ke rumah yang terletak di tingkat enam.

Kwan Yee mendakwa demikian pada sidang akhbar bersama Pengerusi Biro Aduan MCA, Datuk Micheal Chong di Wisma MCA, Jalan Ampang, di sini hari ini.

Dakwa Kwan Yee lagi, dia dan ibu saudaranya yang membuat aduan kepada pihak pengurusan kondominium kecewa apabila diberitahu rekod peribadi pengawal keselamatan itu tiada pada mereka.

Dia kemudian membuat laporan mengenai kejadian di Balai Polis Pandan Indah dan menemui Biro Pengaduan Awam MCA bagi me*nyatakan kekecewaannya berikutan sikap cuai pengurusan kediaman yang tidak mempunyai rekod peribadi pengawal keselamatan tersebut yang baru seminggu diambil be*kerja.

Sementara itu, Micheal berkata, tindakan pihak pengurusan kondominium yang seolah-olah ‘melepaskan batuk di tangga’ apabila menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai suspek dan perkara itu amat dikesali.

“Pengurusan kediaman sepatutnya mengambil pekerja mengikut prosedur operasi standard (SOP) bukannya mengambil pekerja sekadar ‘tangkap muat’. Apabila terjadi kes sebegini, ia menyukarkan siasatan polis,” katanya.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saat ketika dihubungi pula memberitahu, pihaknya telah me*ngenal pasti pengawal keselamatan terbabit dan sedang mengesannya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menc*bul.

Video tiada kaitan dengan berita diatas

0 comment... add one now