Marah sungguh Rozita Che Wan apabila wajah anaknya yang baru berusia 2 bulan dipergunakan untuk status sedih di twitter kononya anak tersebut dibuang.
Aaisyah menjadi mangsa berita palsu pengguna Twitter.
Berita palsu ini membuatkan Rozita Che Wan Sedih dengan pengguna twitter yang disifatkan tidak bertanggungjawab.
Kata Rozita, isu-isu yang timbul seperti itu membuatkan dia dan suaminya, Zain Saidin enggan anak mereka terlibat dalam dunia seni hiburan apabila besar kelak.
"Daddy dia tak bagi jadi artis. Kami jadi selebriti pun kerana kebetulan.
"Bukannya tidak elok jadi artis, Alhamdulillah hidup senang tetapi apabila diri terlalu terdedah, dunia artis boleh ke arah negatif tanpa sedar. Seperti yang telah berlaku pada kami sekarang ini," ujarnya.
Semoga Che Ta bersabar ye..inilah harganya kalau jadi artis ..dan sebar wajah anak.Kalau nak lebih selamat sila sembunyikan anak dari media seperti beberapa artis lain.