Saya hanya menyedari perbuatan kami dirakam apabila terlihat sebatang pen yang diletakkan di dalam bekas berus gigi berhampiran tingkap bilik mandi berkenaan pada malam terakhir kami di rumahnya.“Apabila saya memeriksa pen terbabit, terdapat sebuah kamera kecil selain kad memori kecil di dalam pen berkenaan,” katanya ketika ditemui di Wisma MCA di sini hari ini.
KUALA LUMPUR 7 Jan. – Keseronokan sekumpulan remaja perem*puan yang dipelawa seorang lelaki bercuti di kampung halamannya bertukar mimpi ngeri apabila rakannya itu merakam aksi mereka ketika mandi.Lelaki yang dikenali sebagai Aw, 24, dikatakan merakam aksi mandi tujuh rakan wanitanya menggunakan sebuah kamera berbentuk pen yang diletakkan di dalam bilik mandi rumahnya di Sibu, Sarawak baru-baru ini.
Bagaimanapun, kesemua mangsa hanya menyedari aksi mereka dirakam lima hari kemudian apabila salah seorang daripadanya menjumpai pen terbabit diletakkan di dalam bekas berus gigi.
Salah seorang mangsa yang dikenali sebagai Tan, 24, berkata dia mengenali lelaki terbabit kira-kira lima tahun lalu ketika belajar bersama di sebuah kolej di ibu negara.
Menurutnya, mereka melawat ke kampung halamannya pada 24 Disember lalu dan tinggal di rumah lelaki terbabit selama enam hari.
Tambah Tan lagi, curiga de*ngan penemuan itu, dia bertindak melihat isi kandungan kad memori terbabit menggunakan komputer riba dan terkejut apabila mendapati rakamannya serta rakan-rakannya sedang mandi di dalam tandas.
Berikutan itu, dia terus membe*ritahu rakannya yang lain sebelum membuat keputusan pulang semula ke rumah masing-masing.
Sementara itu, seorang lagi mangsa yang dikenali sebagai Fong, 25, berkata, selepas kejadian, dia serta rakannya ada bertanyakan perkara terbabit kepada lelaki berkenaan.
Katanya, lelaki itu seterusnya me*ngakui merakamkan semua aksi mereka ketika mandi dan hanya memohon maaf atas tindakannya itu.
“Kami terus mendesak dia sekiranya ada rakaman lain. Akibat takut, dia seterusnya menye*rahkan sebuah pendrive yang mengandu*ngi rakaman kami mandi berb#gel,”ujarnya.
Dalam pada itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, kesemua mang*sa masih belum membuat laporan polis mengenai perkara itu kerana ibu bapa serta peguam masih lagi mengadakan perbincangan.
Sehubungan itu, Michael Chong menggesa pihak berkuasa mengambil perhatian terhadap penjualan kamera intipan yang dikhuatiri di*salah guna oleh orang ramai.
Menurutnya, sepanjang tahun lalu, pihaknya menerima tiga laporan membabitkan kes yang sama menggunakan kamera intipan tersebut dan kesemua mangsa adalah wanita.
“Apa yang membimbangkan, sekiranya tiada tindakan diambil. Saya khuatir gajet ini akan disalahgunakan oleh orang yang tidak bertanggungjawab terutamanya di tempat-tempat awam seperti hotel dan bilik persalinan pakaian wanita,” katanya.