Enam Orang Yang Jadi Jutawan Tanpa Perlu Bekerja

Lahir sebagai anak orang terkaya di dunia memang menjadi impian ramai,namun menurut rekod yang di petik dari laman Bussines  Insider,hanya 1400 orang sahaja yang mewarisi harga kekayan bilionair dari keluarga mereka.

Celik-celik sahaja mata,dah jadi bilionair,tak perlu bersusah payah kerja puluhan tahun untuk isi duit dalam bank.

Menurut rekod,ada  enam orang billionair yang memiliki warisan harta kekayaan tanpa perlu menggunakan tulang empat kerat untuk bekerja.


1. Lily Safra – US$ 1.2 Billion (RM 3.6 Billion)



Janda kepada billionair perbankan, Edmond Safra ini telah diwarisi kekayaan sebesar US$ 1.2 billion. Mendiang suaminya, Edmond telah meninggal dunia dalam peristiwa kebakaran apartmen pada tahun 1999. Dengan kekayaan tersebut, wanita berusia 75 tahun yang berasal dari Monaco itu menduduki tempat ke 1175 sebagai billionair terkaya dunia versi Majalah Forbes.




2. Elaine Marshall & Keluarga – US$ 8 Billion (RM 24 Billion)


Wanita ke-48 terkaya di Amerika Syarikat itu dikatakan mewarisi kekayaan sehingga US$ 8 billion dari mendiang suaminya, J. Pierce Marshall. Warisan tersebut dibukukan dalam bentuk saham sebesar 14.6% di Koch Industries, sebuah perusahaan yang bergerak di bidang industri kimia dan tenaga terbesar di dunia. Menariknya, disebabkan tidak ada satupun yang tahu tentang nilai hartanya secara tepat, Bloomberg bahkan meletak Elaine sebagai billionair wanita nombor 4 di Amerika Syarikat pada 2012. Dan pada 2013, Forbes menempatkan wanita berusia 70 tahun itu dalam jajaran orang terkaya di peringkat ke-145.




3. Jorn Rausing – US$ 5.2 Billion (RM 15.6 Billion)


Berasal dari Sweden, billionair yang menduduki tempat ke-233 versi Forbes ini mewarisi harta kekayaan bernilai US$ 5.2 billion . Warisan tersebut diperoleh dari mendiang ibunya yang bernama Birgit. Meskipun demikian, Rausing yang berusia 53 tahun itu tidak menarik diri dari dunia kerja. Dia masih menjadi salah satu direktor di syarikat Tetra Laval yang didirikan oleh datuknya.




4. Finn Rausing – US$ 5.1 Billion (RM 15.3 Billion)


Di usianya yang telah menginjak 58 tahun, Finn boleh berbangga hati kerana menjadi billionair dunia di urutan ke-239. Harta kekayaannya mencapai US$ 5.1 billion. Sama seperti adiknya Jorn, orang terkaya kelima di Sweden ini juga menjawat jawatan sebagai direktor di Tetra Laval, syarikat pengeluar susu dan jus terbesar di Sweden.




5. Eduardo Hochschild – US$ 2.1 Billion (RM 6.3 Billion)


Berasal dari negara Peru, lelaki berumur 49 tahun ini sudah menjadi orang terkaya ke-4 di negeri kelahirannya. Bahkan menurut versi Forbes, Hochschild berada di peringkat 704 yang menggenggam kekayaan US$ 2.1 billion. Kekayaannya diperoleh dari syarikat perlombongan emas dan perak yang didirikan pada 1911. Hochschild mempelajari ilmu perlombongan di Tufts University, Amerika Syarikat dan bergabung pertama kali di perusahaannya sebagai pembantu keselamatan pada 1987.




6. Yoshiko Mori US 1 Billion (RM 3 Billion)


Ketika konglomerat real estate di Jepun, Minoru Mori meninggal pada tahun lalu, isterinya Yoshiko langsung mengambil alih kekayaan keluarga. Kini, wanita berusia 72 tahun itu dinobatkan menjadi billionair di urutan ke-20 di Jepun dan ke-1342 di dunia dengan harta kekayaan sebesar US$ 1 billion. Mendiang suaminya telah meninggalkan karya terbesarnya iaitu membangun gedung tertinggi di China, Shanghai World Financial Center.

0 comment... add one now