Masih ingat lagi tak pada lelaki yang sebelum ini meminta Zalora ban isterinya dari facebook hingga menjadi viral 1 Malaysia.Beliau sekeluarga kemudian menerima kunjungan staf Zalora yang membawa pakaian ribuan ringgit cukup untuk mereka pakai setahun. Kali ini, sekali lagi Radzi Ali telah menulis satu permintaan kepada Zalora.Namun kali ini permintaan beliau bukanlah untuk mereka sekeluarga,tapi untuk mangsa banjir di Kelantan.
Hai ZALORA,
Saya harap anda masih ingat pada saya. Saya gembira kerana anda menghiburkan isteri saya sebulan yang lepas dengan hadiah yang sangat cool. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih.
Tetapi kegembiraan saya itu agak luntur bila mana melihat mangsa-mangsa musibah banjir yang dahsyat melanda negeri pantai timur baru-baru ini.
Saya tidak mampu berpura-pura kelihatan gembira setelah melihat keadaan di sana terutama pasca banjir terutamanya keadaan kanak-kanak, ibu-ibu yang hidup terumbang-ambing setelah kehilangan hampir segalanya ditelan bah besar. Ramai yang tinggal sehelai sepingang.
Saya tidak boleh melihat isteri dan anak saya berpakaian sempurna, hidup gembira sedangkan ada pihak yang merana disudut sana. Bagaimana harus saya letak muka dengan tajaan pakaian cantik , perhiasan menawan sedangkan saya melihat sendiri kehidupan daif kanak-kanak tersebut.
Saya baru pulang dari Gua Musang-Kuala Krai dengan beberapa ahli keluarga saya mebantu sedaya yang boleh. Menghantar basic supplies dan makanan sekadar termampu. Hanya yamng melihat sendiri keadaan di sana akan tahu betapa perlu kita sama-sama membantu.
Saya merayu pada Zalora menggunakan kapasiti yang ada selaras sebagai status anda peneraju utama dalam online fashion Malaysia sama-sama menghulurkan tangan menbantu golongan tidak bernasib baik ini. Saya cadangkan diadakan satu program kutipan atau jualan amal besar-besaran untuk menggembirakan pula kanak-kanak di sana.
InsyaAllah kami akan ke sana lagi pada minggu hadapan dan berharap dapat bertemu anda semua juga di situ
Kali ini, tagline anda perlu berubah sedikit. Kami perlu beritahu isteri, girlfriend, adik, kakak,emak, ibu mertua tentang website www.zalora.com.my . Tahu tak portal online fashion yang besar gile tu? Dan yang paling gile lagi, kami yakin Zalora akan sama-sama berganding bahu bersama kami di saat-saat ada yang memerlukan.
Cheers!
Radzi Ali.
Levida Malaysia
Cheras, KL
Jawab Zalora
Salam Radzi Ali, sudah tentu kami ingat anda dan isteri anda Terima kasih atas bantuan yang telah anda berikan kepada mangsa-mangsa banjir. Kami amat bersyukur pelbagai pihak dari seluruh negara telah berganding bahu membantu mereka dan kami amat memahami masalah yang dihadapi. Kami juga amat mengerti perasaan mereka..
bak kata berat mata memandang,berat lagi bahu memikul. Kami di Zalora juga sedang menyediakan keperluan seperti pakaian dan makanan untuk dihantar kepada mangsa banjir di sana. Kami juga telah bekerjasama dengan Red Crescent Malaysia untuk bantuan selanjutnya.
Bagi mana-mana pihak yang masih tertanya adakah Zalora memberikan bantuan kepada mereka, ya kami sedang membantu dengan sebanyak yang boleh. Terima kasih atas keprihatinan anda semua. Kami harap semua pihak tidak berputus asa untuk membantu orang yang memerlukan di saat ini. Kami harap semuanya sihat, termasuk anda sekeluarga En. Radzi Ali