Juara Fear Factor musim kedua itu, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Farriz Fauzy, 30, tepat jam 9.13 malam.
Mereka dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Pejabat Agama Islam Hulu Langat, Zainal Abidin Yusof. Manakala walinya pula ialah bapa Erin sendiri, Abdul Malek Mari.
Baca: Gambar artis bertudung tayang dada hadir di Perkahwinan Erin Malek
Majlis meriah tersebut berlangsung di kediaman ibu Erin di Ampang, Selangor dengan mas kahwin RM10,000 beserta wang hantaran sebanyak RM30,000.
Untuk info, suasana semakin ceria apabila rakan-rakan artis Erin turut menjadi gadis dulang hantaran. Antaranya Nelydia Senrose, Ainul Aishah dan Faralyna.
Erin telah memilih Los Angelas, Amerika Syarikat sebagai lokasi bulan madu.
Tahniah diucapkan dan selamat melayari bahtera perkahwinan buat Erin dan suami.
sumber-myartis.com