Mohammad Haznai Fauzi Sumardi, 39, berasal dari Jawa Tengah, Indonesia didakwa mer*gol kanak-kanak perempuan itu yang ketika kejadian berusia 11 tahun tanpa kerelaannya dengan diugut bunuh sekiranya enggan mematuhi kehendaknya.
ANGGOTA polis mengiringi Mohammad Haznai Fauzi Sumardi selepas dijatuhkan hukuman penjara selama 72 tahun dan sebatan 20 kali atas pertuduhan mer#gol di Mahkamah Sesyen di Miri, Sarawak, semalam.
MIRI 13 Jan. – Akibat gagal mengawal hawa nafsu, seorang lelaki warga Indonesia meringkuk selama 72 tahun dalam penjara dan dihukum 20 kali sebatan setelah Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendapatinya bersalah atas empat pertuduhan mer#gol seorang kanak-kanak perempuan tahun lalu.
Tertuduh didakwa pertama kali melakukan kesalahan itu pada Ja*nuari 2014 di sebuah bilik sewa di Lot 413, Jalan Mawar, Kampung Cina Baram, Marudi sebelum mengulanginya sebanyak tiga kali di tempat sama iaitu pada Julai, November dan Disember tahun sama.
Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 376(2)(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.
Hakim Marutin Pagan menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan sebatan lima kali bagi setiap pertuduhan.
Beliau turut menjatuhkan hukuman empat bulan penjara dan sebatan dua kali ke atas Mohammad Haznai atas kesalahan tidak memiliki dokumen perjalanan sah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Marutin memerintahkan kese*mua hukuman itu dijalankan ber*asingan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor Mohd Khairi Mohd. Nor.