Disebalik Najib Terkena Jangkitan E Coli Ketika Banjir

Nampaknya orang ramai tidak berpeluang untuk bertanyakan Najib mengenai urusan apa yang membuat dia ke Bangkok Thailand senyap-senyap.Adakah kerana perbincangan mengenai banjir.Kemudian balik pula dengan jet rasmi kerajaan yang sebelum ini dilaporkan membawa penumpang misteri kesana-sini.Tiada juga peluang bertanya kerana Najib dilaporkan terkena jangkitan E.Coli


"Doktor nasihat supaya berehat. Beliau akan kembali bertugas secepat mungkin," demikian menurut Twitter rasmi Malaysia PM Press Office (@PMOMalaysia) pada Isnin.





Virus E.Coli atau Escherichia coli adalah kuman yang menyebabkan diarea.

Selain itu menerusi akaun Twitter peribadinya, Najib berkata beliau akan terus memantau operasi bantuan banjir dari rumah.


E.coli boleh menyebabkan cirit-birit, muntah, demam dan paling bahaya ialah dehidrasi atau penyahhidratan yang boleh membawa maut.

Najib sebelum ini mengadakan lawatan bagi meninjau keadaan banjir serta memantau usaha membantu mangsa yang terjejas akibat bencana itu di negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang dan Perak.-mStar


0 comment... add one now