10 Artis Terkenal Dunia Ini Pernah Kerja Merempat

Ramai artis terkenal dunia berasal dari orang biasa-biasa sahaja yang hidup merempat.Mereka melakukan apa sahaja kerja untuk menampung hidup.Disebalik kejayaan mereka sebelum bergelar selebriti,mereka melakukan pelbagai perkerjaan..

Maskot ayam (Brad Pitt)




Hero pujaan Angelina Jolie ini sebenarnya pernah bekerja di sebuah restoran Mexican tempatan. Lucunya, dia bekerja untuk mempromosikan restoran itu dengan mengenakan kostum ayam dan menari di sana setiap hari.




Penari b#gel (Lady Gaga)




Sesuai dengan imejnya, maka tidak hairanlah pelantun Poker Face ini pernah bekerja sebagai penari b#gel ketika berusia 18 tahun.




Penggubah dekorasi (Jon Bon Jovi)


Siapa sangka, penyanyi terkenal ini mempunyai kemahiran dalam penggubahan. Malah dia pernah menggubah dekorasi ketika perayaan Krismas.




Penghantar surat khabar (Tom Cruise)


Di zaman remajanya, bekas suami Katie Holmes ini hanyalah seorang budak penghantar surat khabar. Namun kini, dia antara bintang filem termahal di Hollywood.




Model makanan anjing (Drew Barrymore)


Siapa sangka bintang filem Charlie Angels ini dahulunya pernah menjadi model komersial bagi makanan anjing dan bijirin.




Pelayan restoran (Jennifer Aniston)


Sebelum diangkat sebagai teraju utama dalam perfileman Hollywood, aktres berambut cantik ini pernah menjadi pelayan kedai makan.




Pelayan restoran (Sandra Bullock)


Seperti Aniston, aktres jelita ini juga mengakui pernah bekerja sebagai pelayan kedai makan sebelum bergelar bintang.




Maskot pisang (Megan Fox)


Pelakon seksi ini pula pernah bekerja di sebuah kafe yang mana memerlukan dia mengenakan kostum pisang.




Jual pen (Johnny Depp)


Bayangkan di masa silamnya, 'lanun' kesayangan ramai ini pernah bekerja sebagai penjual pen!




Ambil pesanan (Madonna)


Jika dahulu mereka yang gemarkan Dunkin' Donut membuat pesanan daripadanya, namun kini tidak lagi.


sumber: sinar harian

0 comment... add one now