Padah Wanita Tusuk Mainan Dinosaur Pada Alat Sulit

Pesakit wanita tersebut kelihatan kebingungan dan cara dia berjalan juga agak pelik.Apabila ditanya, pesakit itu memberitahu dia sedang bermain dengan permainan dinosaur milik anak lelakinya dan kemudian ia tersangkut.


LONDON – Mereka yang menjadi kakitangan perubatan pastinya mempunyai banyak pengalaman berdepan dengan pelbagai kerenah pesakit. Tidak terkecuali adalah seorang jururawat, Poppy Ward.

Ketika menceritakan pengalamannya dalam blog akhbar Guardian, Ward menyatakan dia tidak akan melupakan satu kes lucu yang pernah dialaminya sendiri ketika mula-mula berkhidmat di sebuah hospital.

Ward berkata, kes tersebut melibatkan seorang wanita pertengahan usia. Ketika melihat pesakit tersebut, dia berfikir kes yang ditanganinya itu senang sahaja, tetapi malangnya Ward tersilap.

“Ia sebenarnya adalah T-Rex,’’ kata pesakit wanita itu.

Rupa-rupanya, kata Ward, mainan itu tersangkut di alat sulit wanita berkenaan dan dengan menggunakan pengepit serta forcep, dinosaur itu akhirnya berjaya dikeluarkan.

“Saya kemudian menasihatinya supaya tidak memasukkan sebarang alat mainan kanak-kanak ketika melakukan aktiviti seks.

“Tetapi jika dia memilih untuk bermasturbasi dengan dinosaur, saya cadangkan dia beli sendiri dan meletakkan kondom atau mengikat kaki mainan itu dengan tali,’’ kata Ward.

Selepas pesakit itu beredar, dia dan doktor yang bertugas, Dr. Ray telah ketawa berdekah-dekah.

0 comment... add one now