Kejadian itu dirakam seorang penumpang kereta api yang dalam perjalanan dari Bangkok ke Phitsanulok.
Melalui klip yang dimuat naik di Facebook itu, seorang lelaki Barat disapa dua wanita yang bertanya jika dia boleh memberikan tempat duduknya dan berpindah duduk di sebelah sami berkenaan.
Melalui klip yang dimuat naik di Facebook itu, seorang lelaki Barat disapa dua wanita yang bertanya jika dia boleh memberikan tempat duduknya dan berpindah duduk di sebelah sami berkenaan.
Sekurang-kurangnya itulah dialami seorang pelancong asing yang terkebil-kebil ditampar sami Buddha kerana didakwa mengeluarkan kata-kata menghina.
Sami dikatakan dilarang bersentuhan kulit dengan wanita.
Lelaki terbabit bersetuju dan berdiri sebelum bertanya kepada sami terbabit sama ada dia boleh duduk di sebelahnya.
Namun sami terbabit tidak memahami bahasa Inggeris.
Pelancong itu kemudian berkata: “Fine, fine (Tak mengapa, tak mengapa.”
Namun sami itu menyangka lelaki Barat itu menghinanya dengan kata-kata “fai” yang bermaksud kerbau dalam bahasa Siam.
Salah faham itu menyebabkan sami terbabit berang lalu bingkas bangun dan menampar pelancong terbabit tiga kali sebelum pegawai kereta api datang meleraikan keadaan.
Pengguna Facebook, Noojeab Kuntao mengenal pasti pelancong itu sebagai Jeff yang bekerja sebagai guru bahasa Inggeris di kejiranannya.
“Dia mahu semua orang tahu dia ‘sabai sabai’ (baik-baik saja dalam bahasa Thai) dan tidak akan mengambil tindakan terhadap sami itu,” katanya.
Selepas klip rakaman itu menjadi viral, Jeff turut memuat naik video menjelaskan kejadian itu, malah menegaskan tidak berdendam serta menganggap isu itu sudah selesai.
“Saya tetap sukakan Thailand. Ramai yang memberi sokongan kepada saya di Internet dan saya amat menghargainya. Semuanya OK,” katanya.