Pekerja Swasta Paling Ramai Kena Perangkap Hutang

Perangkaan itu diperoleh hasil kajian yang dijalankan terhadap 300,000 peserta program itu sehingga kini.

“Pekerja lelaki adalah kelompok paling ramai berhadapan dengan masalah ini iaitu 60 peratus,” katanya dalam sidang akhbar sempena Program AKPK Bersama Anda di sini hari ini.

KOTA KINABALU 5 Dis. - Lebih 80 peratus daripada 300,000 peserta yang mengikuti program khidmat nasihat dengan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di seluruh negara merupakan pekerja di syarikat swasta.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azaddin Ngah Tasir berkata, kumpulan pekerja tersebut dilihat mempunyai masalah dalam melaksanakan pengurusan kewangan dan mengendalikan pembayaran balik pinjaman dengan sempurna.

Yang turut hadir Pengerusi AKPK, Datuk Mohd. Hanif Sher Mohamed.
Mengulas lanjut, Azaddin berkata, secara umum individu yang mengalami masalah pengurusan kewangan dan pembayaran balik pinjaman adalah mereka yang berpendapatan RM36,000 sehingga RM60,000 setahun.

Katanya, jumlah pendapatan tersebut bersamaan dengan purata gaji antara RM3,000 dan RM5,000 sebulan.

Menurutnya, antara permasalahan kewangan dihadapi kumpulan itu adalah disebabkan penggunaan kad kredit tidak terkawal, kegagalan membuat pembayaran balik pinjaman perumahan dan kenderaan.

Tambahnya, ‘amalan’ kebiasaan yang dilakukan oleh kumpulan bermasalah dalam pengurusan kewangan adalah melakukan pinjaman lebih daripada tiga buah bank dalam tempoh masa tertentu.

Sementara itu, katanya, berdasarkan pemerhatian pihaknya, kakitangan awam mempunyai lebih banyak ruang bagi melakukan aktiviti peminjaman terutama menerusi perkhidmatan koperasi yang ditubuhkan oleh mereka.

“Apa yang dilakukan oleh AKPK adalah membantu golongan tersebut dengan memberikan khidmat kaunseling dan pengurusan kredit, selain mengemukakan pelan pembayaran semula pinjaman secara peribadi melalui rundingan dengan penyedia perkhidmatan kewangan peminjam.

“Ramai beranggapan bahawa AKPK tempat golongan muflis, namun sebenarnya tidak kerana golongan tersebut di bawah Jabatan Insolvensi Malaysia.
Sebaliknya kita hanya membantu mereka yang belum muflis dalam meningkatkan tahap celik kewangan bagi mengelakkan terus terjebak dengan masalah hutang,” katanya.

0 comment... add one now