Dengan penyusutan ringgit, kata Ahmad, barangan import akan meningkat harganya, namun ini membolehkan rakyat menggunakan lebih banyak produk buatan Malaysia seterusnya mengembangkan sektor pembuatan dalam negara.
Barangan eksport Malaysia ke luar negara pula akan lebih murah, justeru mengembangkan sektor export, katanya.
KUALA LUMPUR: Penyusutan nilai ringgit yang ditentukan oleh keadaan pasaran dunia tidak akan menjejaskan ekonomi negara dengan ketara kerana asas ekonomi negara sentiasa kukuh, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.Barangan eksport Malaysia ke luar negara pula akan lebih murah, justeru mengembangkan sektor export, katanya.
Beliau berkata nilai eksport negara juga melebihi nilai import dengan anggaran eksport tahun 2014 pada RM762.8 bilion berbanding nilai import RM677.2 bilion, yang menjadikan lebihan dagangan sebanyak RM85.6 bilion.
"Dalam tempoh volatiliti atau kemeruapan yang berlebihan, Bank Negara Malaysia akan sentiasa memantau pasaran ringgit bagi memastikan pasaran tukaran wang asing yang teratur.
"Ini akan menggalakkan kestabilan kadar pertukaran serta memudahkan perdagangan dan pelaburan," kata beliau dalam satu kenyataan di sini, Khamis.
Beliau berkata hasil kerajaan daripada sumber petroleum termasuk Petronas juga tidak terjejas dengan banyak pada tahun ini kerana pengiraan purata harga minyak bagi setahun 2014 berdasarkan US$110 setong.
"Dijangka purata tahun ini sekitar US$104 setong dengan mengambil kira penurunan harga minyak pada November dan Disember sekarang ini," katanya.
"Maka akan bertambah keuntungan syarikat, kenaikan gaji, bonus, tambahan bilangan pekerja, bertambah cukai kepada kerajaan dan bilangan kilang juga berkembang," katanya lagi.
Sektor pelancongan pula akan lebih berkembang kerana perkhidmatan hotel, pengangkutan, harga barangan akan menjadi lebih murah dari sudut pandangan negara yamg nilai wangnya tinggi dibanding ringgit.
Sektor perkhidmatan yang diberi kepada pihak luar juga akan berkembang kerana kosnya akan menurun berkadaran dengan peratus penurunan mata wang.
Timbalan Menteri itu berkata dalam menangani penyusutan ringgit, agensi seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Felda dan Felcra perlu segera mencari pasaran baru untuk minyak sawit.
Petronas juga perlu terus mencari sumber baharu minyak dan gas serta mengadakan kerjasama (JV) di negara-negara lain.
Produk hiliran getah dengan ciptaan dan inovasi baharu perlu terus diusahakan, katanya.
Ringgit Malaysia ditutup lemah kesan harga minyak jatuh
Ringgit ditutup lemah berbanding dolar Amerika Syarikat hari ini, kesan kejatuhan berterusan harga minyak, kata seorang peniaga.
Pada 5 petang hari ini, ringgit disebut harga pada 3.4320/3350 berbanding 3.3450/3480 Jumaat lepas, lapor Bernama.
Peniaga itu berkata ringgit terjejas akibat kejatuhan harga minyak kerana Malaysia selaku negara pengeksport komoditi tersebut akan mencatat penurunan pendapatan daripada sektor berkenaan.
Ringgit juga diniagakan rendah berbanding kebanyakan mata wang utama.
Unit tempatan itu jatuh berbanding dolar Singapura kepada 2.6237/5280 daripada 2.5932/5963 pada Jumaat dan rendah berbanding yen pada 2.8969/8004 daripada 2.8614/8644.
Ia juga turun berbanding pound British kepada 5.3725/2785 daripada 5.3075/2125 dan menyusut berbanding euro kepada 4.2701/1749 daripada 4.2053/1100.
Sementara itu, Reuters melaporkan Ringgit Malaysia dijangka mengalami kemerosotan dua hari yang paling besar sejak krisis kewangan Asia 1997-1998 ketika harga minyak yang merudum mengancam melemahkan ekonomi pengeksport minyak.
Ringgit susut 2.4 peratus kepada 3.4300 per dolar pada 0653 GMT (4.53 petang) daripada penutup hari Khamis 3.3465, demikian menurut data Thomson Reuters.
Awal hari ini, mata wang Malaysia merosot sehingga 3.4375 - yang paling lemah sejak Februari 2010.
Itu akan menjadi kemerosotan dua hari terbesar sejak Julai 1998, demikian menurut data tersebut. Pada tahun 1998, Malaysia menambat ringgit pada 3.8000 dan menariknya pada bulan Julai 2005.
Saham Kuala Lumpur rugi hampir 3 peratus selepas Petroliam Nasional Bhd (Petronas), syarikat minyak negara Malaysia, berkata pada hari Jumaat bahawa ia merancang untuk mengurangkan perbelanjaan modal tahun depan sebanyak 15-20 peratus.
"Ia hanya menambah kepada kesan negatif," kata Jonathan Cavenagh, pakar strategi kanan FX dengan Westpac di Singapura.
"Saya mengesyaki sehingga minyak stabil, ringgit berdepan risiko terus jatuh."
Ringgit mungkin melemahkan kepada 3.4500 dan sasaran seterusnya ialah 3.4700-3.500, kata Cavenagh.
Harga minyak mencecah paras terendah dalam tempoh lima tahun, selepas kejatuhan terbesar mereka dalam 2 1/2 tahun, minggu lalu ketika Opec menahan memotong pengeluaran dalam menghadapi lebihan bekalan.-Malaysiakini