Zizan Stress Disaman Setengah Juta Mana Nak Cari Duit

Pengurus Zizan sebelum ini diberhentikan atas tuduhan seleweng duit.Malu dengan tuduhan tersebut,bekas pengurus itu telah menyaman Zizan setengah juta ringgit.

Menerusi Berita Harian, Zizan memaklumkan yang dirinya tertekan dengan kes saman yang dihadapinya lebih-lebih lagi dengan pelbagai komitmen kerja yang perlu dilunaskan. Malah Zizan juga melahirkan rasa yakin bahawa tindakannya yang dilakukannya adalah tidak salah. Kata Zizan:-

Secara ikhlas saya nyatakan di sini bahawa saya mula mengetahui mengenai tindakan guaman ini ketika ia diterbitkan media pada malam kelmarin. Saya rasa sedih dan kecewa apabila individu ini (merujuk kepada Marina) berulang kali memilih untuk bercakap dengan pihak akhbar.

Tindakan mereka itu tanpa memaklumkan saya atau pihak guaman saya sendiri. Saya berasa benar-benar tertekan kerana ia dilakukan pada saat saya sedang sibuk dengan pelbagai komitmen kerja yang memerlukan perhatian.

Saya serahkan segala-galanya kepada peguam untuk melakukan yang terbaik. Apapun saya masih yakin bahawa saya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan demi kebaikan semua pihak.

0 comment... add one now

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.