12 Lagu Yang Ke Final AJL 29

12 buah lagu terbaik layak ke Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) selepas berentap di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 29 yang disiarkan secara langsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, Jumaat.

Lagu-lagu yang layak ke AJL29 yang akan diadakan pada 18 Januari hadapan terdiri daripada:
 Gilalah (Stacy),
 Gadis Jolobu (Datuk Hattan & Waris), 
Malaikai (Hazama), 
Romancinta (Mojo),
Apa Khabar (Joe Flizzow),
 Lelaki (Yuna), Matahari (Hafiz Suip)
 Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah),
 Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search),
 Sesal Separuh Nyawa (Alyah)
 Percayalah (Indah Ruhaila), 
Masih Aku Cinta (Shila Amzah).

Separuh Akhir Muzik Muzik 29 minggu ketiga ini turut menyaksikan persembahan daripada Datuk AC Mizal & Mawi (Al Haq), Ronnie & Marsha (Cinta Makrifat), Bunkface & Amy Search ( Rentak Laguku), Alyah (Sesal Separuh Jiwa), Yuna ( Lelaki), Hafiz Hamidun ( Jodoh Berdua), Akim & The Majistret (Mewangi), Forteen ( Tak Pernah Berjumpa) dan Joe Flizzow & Sona One ( Apa Khabar).

Separuh Akhir Muzik Muzik 29 minggu ketiga turut dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Haiza dan EVA.

Program ini telah bersiaran selama tiga minggu berturut-turut yang bermula 14 November dan menyaksikan persaingan 30 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2014.

Kesemua lagu Separuh Akhir Muzik Muzik 29 dinilai oleh barisan juri professional iaitu Edrie Hashim, Damien Mikhail, Helen Yap, LY, Ad Samad, Dato' Mokhzani Ismail dan Azmeer bertindak selaku ketua juri.

0 comment... add one now