Tips Bercuti Pada Musim Hujan

Ketika ini musim hujan melanda.Cuti sekolah hujung tahun pula serentak dengan musim tengkujuh.Hujan lebat,puting beliung tak semestinya percutian dengan keluarga harus ditunda.Apatah lagi kalau sudah dirancang dan ditempah lama.Namun keselamatan juga harus dijaga.

Menyaksikan titisan air hujan dari tingkap kereta, bas, hotel ataupun villa antara pengalaman paling menarik.

Justeru, bagi memastikan percutian di musim hujan lebih menyeronokkan, tidak salahnya membawa anak-anak sekali. Tip melancong kali ini mungkin dapat membantu:

1. Babitkan anak-anak dalam perancangan kecuali ia adalah percutian kejutan buat mereka. Membabitkan anak-anak bermula dari perancangan percutian membuatkan mereka lebih dihargai. Sekarang ini bukan zamannya lagi anak-anak hanya menurut kemahuan kedua ibu bapa termasuk urusan percutian.

Perancangan membabitkan anak-anak juga membuatkan mereka lebih kreatif dan peka terhadap percutian di musim hujan yang memerlukan perhatian khusus.
Tunjukkan komitmen antara anda dan anak-anak terutama berkenaan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan sepanjang bercuti. Membabitkan mereka lebih awal juga memudahkan mereka untuk belajar mengenai komitmen terhadap sesuatu.


2. Perancangan awal. Biasanya, apabila tempahan tiket dibuat dalam tergesa-gesa, ahli keluarga terpaksa duduk berasingan di dalam pesawat, bas atau kereta api. Oleh itu, tempahlah tiket lebih awal supaya anda dan ahli keluarga memperoleh tempat duduk yang berdekatan. Ia pastinya membuatkan perjalanan anda sekeluarga lebih menyeronokkan selain terjamin keselamatannya.

3. Pakej melancong yang ditawarkan agen pelancongan adalah alternatif menarik di musim hujan. Ini kerana biasanya pelancong diajak melancong dengan bas persiaran. Justeru, anda tidak perlu bertukar-tukar kenderaan dan berisiko terkena hujan ketika mengunjungi tempat menarik.

4. Jangan lupa membawa payung, jaket dan kasut kalis air bagi semua anggota keluarga terutama untuk si kecil. Bagi sesetengah orang, membawa payung sebagai tidak praktikal, tetapi ada pula yang membawanya kerana mereka lebih nyaman di musim hujan. Jika anda tidak mahu membawa payung, pastikan jaket yang dipakai bersesuaian dengan musim berkenaan.

5. Pastikan kasut atau selipar yang dibawa atau dipakai tidak licin. Ada beberapa jenis kasut dan selipar walaupun mempunyai bentuk yang bagus dan popular, ia tidak sesuai dikenakan ketika musim hujan. Sehubungan itu, bawa atau pakai yang bersesuaian dengan musim hujan.

6. Pilihlah tempat-tempat menarik yang senang kemudahan awamnya. Dengan itu, anda sekeluarga tidak terlalu lama berjalan dan mengambil risiko kehujanan di jalan.

7. Bawa ubat yang bersesuaian. Bagi menghadapi sebarang kemungkinan ketika melancong di musim hujan ini, bawalah ubat yang bersesuaian untuk kegunaan anda sekeluarga terutama anak-anak.

8. Rilek! Percutian adalah saat yang menyenangkan. Justeru, jangan terlalu tegas mengenai ketepatan waktu terutama dengan anak-anak. Nikmatilah saat indah bercuti bersama anak-anak.

0 comment... add one now

:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
click the icon and copy the shortcode
To insert emoticon you must added at least one space before the code.