Ramai Kritik Undang-Undang Perkataan Haram terbaru Di Kedah

Kepada bukan islam di Kedah harus tahu mengenai perkara ini.Ini bukanlah antara jenis hukuman hudud,tapi  pindaan undang-undang baru untuk bukan islam.Kalau nak sebut juga perkara ini,sila keluar dari kedah.Kalau degil juga,boleh makan free dalam penjara 4 tahun.

Ekoran undang-undang baru ini,ramai pengguna di media sosial mengkritik ini ,pandangan orang ramai anda boleh lihat dibawah entri ini.


ALOR SETAR - Kedah bakal mewartakan 15 perkataan ekspresi dalam Islam yang tidak boleh digunakan oleh bukan Islam, sama ada dalam bentuk cetakan mahupun pengucapan umum.

Exco Agama, Datuk Mohd Rawi Abd Hamid berkata, perkara itu diputuskan pada persidangan Dun lalu, selepas dibuat pindaan Rang Undang-Undang Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam (Pindaan) 2014.

“Enakmen 1988 itu dipinda bagi memelihara kesucian agama Islam yang kebelakangan ini diserang dari pelbagai sudut. Perkataan berkenaan adalah ayat dalam al-Quran dan diguna seharian masyarakat Melayu Islam,” katanya.

Perkataan itu ialah, Assalamualaikum, Insyaallah, Allahu Akbar, Subhanallah, Alhamdulilah, Lailahaillallah, Masyaallah, Astagfirullahalazim, Auzubillahi, Walillahilhamd, Watallahi, Tabarakaallah, Wallahi, Wabillahi serta Lahaula Walaquata lllabillahilaliyil Azim.

Mohd Rawi berkata, sekiranya terbukti mana-mana individu mahupun pemimpin bukan Islam menggunakan perkataan itu, tindakan boleh diambil bawah seksyen tertentu yang boleh membawa hukuman penjara antara tiga hingga empat tahun.

“Contohnya, ada pemimpin bukan Islam ucap Assalamualaikum sebelum ceramah umum, kita boleh dakwa. Kita akan bertindak tegas untuk elak perkataan khusus Islam digunakan sewenangnya oleh bukan Islam,” katanya.

Mohd Rawi berkata, pindaan ini dibuat demi menjaga kesucian agama Islam, di mana kebelakangan ini negara sering berdepan dengan serangan pemikiran liberal.

Menurutnya, terdapat 40 lagi perkataan yang tidak boleh dikaitkan dengan agama bukan Islam, di mana dibuat penambahan sebanyak 16 perkataan baharu.

Antara perkataan itu termasuk, ALLAH, firman ALLAH, hadis, Kaabah, ibadah, kiblat, haji, mufti, rasul, Quran, solat, khutbah, fatwa, imam, dakwah, wahyu, masjid, surau, zakat, syariah, akhirat, serta nabi.-sinar
  1. Assalamualaikum
  2. Insyaallah 
  3. Allahu Akbar
  4. Subhanallah 
  5. Alhamdulilah 
  6. Lailahaillallah 
  7. Masyaallah 
  8. Astagfirullahalazim
  9. Auzubillahi
  10. Walillahilhamd 
  11. Watallahi 
  12. Tabarakaallah 
  13. Wallahi
  14. Wabillahi
  15. Lahaula Walaquata lllabillahilaliyil Azim
  16. Allah 
  17. Firman Allah 
  18. Hadis 
  19. Kaabah 
  20. Ibadah 
  21. Kiblat, 
  22. Haji 
  23. Mufti 
  24. Rasul 
  25. Quran 
  26. Sola, 
  27. Khutbah
  28. Fatwa 
  29. Imam 
  30. Dakwah 
  31. Wahyu, 
  32. Masjid 
  33. Surau 
  34. Zakat 
  35. Syariah 
  36. Akhirat 
  37. Nabi.

0 comment... add one now