Table Nokia N1 Bakal Tewaskan Tablet Android Lain

Sekali pandang macam iPad kerana reka bentuknya yang hampir sama.Nokia N1 yang dipasarkan oleh Mirosoft ini rupa-rupanya mempunyai badan Apple tapi jiwanya Android. Pandang pertama boleh merumuskan model baru itu, Nokia N1 boleh menumpaskan mana-mana tablet Android lain di pasaran.


Nokia N1 adalah tablet Android bersaiz 7.9-inci dengan resolusi paparan 2048 x 1536 piksel sama dengan apa yang ditawarkan iPad mini.

Apatah lagi dengan penempatan kamera, butang-butanh dan jek fon kepala semuanya sama dengan iPad Menarik tentang N1 apabila ia menggunakan connector USB jenis-C.


N1 hanya senipis 6.9mm dan 318 gram pada beratnya yang tidak ada pada iPad. Kuasa tablet ini terletak pada 2.4GHz quad-core Intel Atom Z3580, Ram 2GB dan memori 32GB.Selain itu, kameranya 8-megapiksel pada belakang dan 5-megapiksel depan.

Gajet ini bersaiz 200.7mm x 138.6 mm x 6.9 mm dan badannya diperbuat daripada aluminium dan skrinnya Gorilla® glass 3.

Adakah anda tahu ia dikuasakan Intel® 64-bit Atom™ Processor Z3580, 2.3 GHz? Jadi apa yang diharapkan ialah jimat tenaga seterusnya boleh memanjangkan jangka hayat bateri.-yahoonews

0 comment... add one now