Takziah Penjaga Gol Singapura Meninggal

SINGAPURA: Bekas penjaga gol Singapura, Ahmad Wartam yang juga bapa kepada legenda bola sepak Fandi Ahmad meninggal dunia pagi tadi.

Menurut laman web Persatuan Bolasepak Singapura (FAS), Ahmad, 79, meninggal selepas sebulan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) sebuah hospital.

FAS menyampaikan ucapan takziah kepada Fandi dan keluarganya.- BERNAMA


AHMAD Wartam (tiga dari kiri) bersama Fandi Ahmad (kanan) dan cucunya Irfan dan Ikhsan pada 2006. - Foto ihsan The Straits Times

0 comment... add one now