Subsidi Minyak Dihapuskan Malam Ini Serentak Penurunan Harga Ron95 Dan Ron97

Subsidi minyak bagi RON95 dan Diesel dihapuskan pada malam ini pada pukul 12.01 serentak dengan penurunan harga  minyak RON95 dan Ron97 turun 4 Sen dan 9 Sen.Ia bermula 1 Disember 2014. 

Menerusi pengumuman rasmi Jabatan Kementerian Kewangan Malaysia, harga runcit bagi RON95 akan turun sebanyak 4 Sen seliter menjadikan harga terkini RON95 adalah RM2.26 sen seliter berbanding RM2.30 seliter. Manakala RON97 pula akan mencatat penurunan sebanyak 9 Sen Seliter menjadikan harga RON97 mulai 1 Disember 2014 adalah RM2.46 seliter berbanding RM2.55 Sen. 

Namun, Diesel pula mencatat kenaikan harga sebanyak 3 Sen seliter iaitu RM2.23 Seliter daripada RM2.20 seliter. Terdahulu, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan subsidi bagi RON95 dan Diesel dihapuskan sebaliknya mengikut harga pasaran dunia. 

Walaubagaimanapun, jika harga pasaran semasa kedua-dua bahan api tersebut naik pada paras yang tinggi, pihak Kerajaan akan melaksanakan harga runcit kawalan bagi mengawal kenaikan tersebut.-melvister

Harga Terkini RON95 Dan RON97 Mulai 1.12.2014
  • RON97 – RM 2.46 seliter (Sebelum RM2.55)
  • RON95 – RM 2.26 Seliter (Sebelum RM2.30)
  • Diesel   – RM 2.23 seliter (Sebelum RM2.20)

0 comment... add one now