Penyanyi kumpulan Slam ini satu ketika dahulu pernah menjadi kegilaan anak gadis sekitar tahun 90-an
Oleh ketampananannya itu, wajah Zamani sering terpampang di majalah-majalah mahupun akhbar tempatan
Pun begitu, kini penampilan Zamani tidak seperti dahulu lagi
Kemunculan terbarunya itu ramai yang agak terkejut dengan susuk badannya yang lebih kurus berbanding dulu
Ramai peminat yang tertanya-tanya apa sebenarnya sudah jadi dengan penyanyi berusia 42 tahun dan masih berstatus bujang ini
Malah, ada juga kata-kata nista yang mendakwa dia terbabit dengan dadah
Itulah reaksi mentaliti segelintir masyarakat, asal tengok orang kurus cekung mesti anggap individu itu ambil dadah
Bercakap di sebuah akhbar Utusan Online Zamani, dia menafikan menghidap sebarang penyakit kronik, malah pada masa sama berasa bahagia dengan kehidupan seharian yang sedang dilaluinya kini
Baginya kerjaya sebagai penyanyi menyebabkan dia selalu berasa terhibur dan sibuk dengan undangan menyanyi
Saya sihat sahaja macam biasa, mungkin badan saya lebih kurus dan tidak macam dulu
Dulu pun saya kurus juga tetapi tidaklah kurus macam sekarang. Mungkin sibuk dengan menyanyi saya sampai tidak ada masa untuk menguruskan diri sendiri, badan jadi semakin mengecil, komennya ringkas