Gambar Comel Anak Sasha Saidin Bersunat

Bersunat lelaki dan juga bersunat bagi perempuan adalah perkara wajib dalam islam.Pada musim cuti sekolah ini memang ramai kanak-kanak menghadapi detik akhir bagi 'hujung topi' mereka.Anak Sasha Saidin juga tidak ketinggalan untuk bersunat sama.Cepat je besar anak Sasha yang bernama Adam ni kan?

Menurut Sasha Adam pada mulanya langsung tak memahami situasi yang dirinya akan dikhatankan dan hanya mengikut apa sahaja yang disuruh.

Sewaktu Sasha menerangkan tentang bersunat pun Adam masih tak dapat tangkap lagi. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan handsome boy ni pun nampak steady je apabila gilirannya selesai.

Sasha turut ditemani ibu dan bapanya sewaktu menghantar Adam ke program berkhatan beramai-ramai di Masjid As-Syakirin Gombak.


















0 comment... add one now