Tiga Petua Mudah Untuk Luruskan Rambut

Rambut anda sering kerinting dan tidak bermaya?Teringin nak luruskan rambut tapi kos rebonding saloon yang mahal?Tak perlu belanja lebih,dibawah ini ada tiga petua yang boleh anda gunakan dengan mudah untuk luruskan rambut.

PETUA 1 Sediakan 2 biji telur dan sedikit tepung gandum. Bancuhkan kedua-duanya membentuk paste. Lembabkan rambut dengan air bersih dan lumurkan bancuhan tadi pada keseluruhan rambut. Sikat rambut menjadi lurus dan biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu.

PETUA 2  Ambil pati santan yang diperah dan campurkan dengan segelas air suam. Setelah itu masukkan air perahan sebiji limau nipis. Gunakan sebagai krim rambut sekali sehari.Kemudian, cuci rambut dengan air sejuk. Anda boleh membuat rawatan ini setiap hari ataupun 3 kali seminggu.

PETUA 3  Bagaimana meluruskan rambut. Perahkan sebiji limau nipis kedalam segelas santan kelapa. Simpan dalam peti sejuk semalaman sehingga bahagian atasnya menyerupai krim. Gunakan krim tersebut bagi manyapu rambut anda. Kemudian tutup rambut anda dengan tuala panas selama sejam. Basuh dan bilas. Lakukan tiga kali seminggu.

Petua-petua diatas ini bagaimanapun tidak akan mengekalkan rambut lurus selama-lamanya.Ia sama seperti rebondin yang akan lurus sementara sahaja.Jangan lupa guna syampu yang bersesuaian dengan rambut anda seperti syampu DOVE

0 comment... add one now