Plan iPhone 6 Terbaik Malaysia

Plan iPhone 6 Terbaik Malaysia-Ketika ini syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkan iPhone 6 dengan jerat yang akan memerlukan anda membayar mengikut pelan yang telah ditetapkan sebagai kontrak.Syarikat seperti Maxis, DiGi dan Celcom yang kesemuanya menawarkan gajet tersebut dengan pakej masing-masing.

Jika anda tidak mahu mengeluarkan wang yang banyak membeli iPhone baru itu, lebih baik langgan sekali dengan pakej tersebut namun berapa banyak sebenarnya penjimatan yang diperoleh? Blog Daunpisang akan mengkaji sedikit tentang pelan dan pakej yang ditawarkan 3 syarikat telekomunikasi tersebut.
Apa yang anda perlu sedar sebelum melanggan pelan ialah harga ‘upfront’, kapasiti data bulanan, jumlah panggilan dan caj tersembunyi yang ada. Paling penting ialah kapasiti data memandangkan penggunaan iPhone lebih kepada internet berbanding membuat panggilan.
Blog Daunpisang memilih pelan pertengahan bagi kesemua Maxis, DiGi dan Celcom untuk perbandingan dengan kontrak 12 bulan kerana ia lebih memberi kebebasan kepada anda dan jumlah internet dan kadar bayaran yang mencukupi.
Kita lihat dulu pakej iPhone 6 bagi Maxis (iValue 1), DiGi (iDiGi 50) dan Celcom (Celcom First Prime). Untuk pengetahuan anda, saya memilih iDiGi 50 kerana ia satu-satunya pelan yang menawarkan kontrak 12 berbanding pelan lain yang memerlukan anda melanggannya selama 24 bulan.
iValue 1
Bayaran bulanan: RM100 
Panggilan: 333 minit (ke semua rangkaian)
Data: 2GB
iPhone 6 16GB: RM1,859
Bayaran ‘upfront’: RM300 / 5 bulan
Jumlah bayaran ketika membeli: RM2,159 (Harga asal: RM2,399)
iDiGi 50
Bayaran bulanan: RM50
Panggilan: 50 minit
Data: 2GB
iPhone 6 16GB: RM2,165
Bayaran ‘upfront’: RM50 / 1 bulan
Jumlah bayaran ketika membeli: RM2,215 (Harga asal: RM2,399)
Celcom First Prime
Bayaran bulanan: RM98
Panggilan: RM40 (merangkumi SMS/MMS) – kadar 15sen untuk seminit atau 1 SMS/MMS
Data: 4GB
iPhone 6 16GB: RM2,038
Bayaran ‘upfront’: RM150 / 10 bulan
Jumlah bayaran ketika membeli: RM2,188 (Harga asal: RM2,399)
Bagi iValue 1, anda perlu membayar harga telefon pada RM2,159 dengan bayaran upfront akan ditebus RM300 dibahagikan selama 5 bulan. Ia bermakna, bil bulanan anda ialah RM40 untuk 5 bulan pertama.
Manakala bagi iDiGi 50, anda perlu membayar harga telefon pada RM2,215 dengan bayaran upfront akan ditebus RM50 dibahagikan pada bulan pertama saja. Ia bermakna, bil bulanan anda kemungkinan adalah percuma pada bulan pertama.
Sementara itu, Celcom First Prime memerlukan anda membayar harga telefon pada RM2,188 dengan bayaran upfront akan ditebus RM150 dibahagikan selama 10 bulan. Ia bermakna, bil bulanan anda ialah RM82 untuk 10 bulan pertama.
Jika diteliti, bayaran bayaran upfront ini akan dimasukkan semula ke bil anda jadi dari aspek harga iPhone 6 itu sendiri, Maxis menawarkannya pada kadar lebih rendah iaitu RM1,859 saja berbanding DiGi (RM2,165) dan Celcom (RM2,038).
Tetapi dari segi kuota data sebulan, lebih baik anda dapatkan pelan Celcom (4GB) berbanding Maxis dan DiGi yang masing-masing adalah 2GB.-s0urce

0 comment... add one now